DAP mengutuk tindakan pengeboman yang disasarkan terhadap beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka sewaktu perayaan Easter yang mengorbankan seramai 407 orang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tindakan keji dan kejam itu jelas melanggar norma-norma kemanusiaan, lebih-lebih lagi ketika mangsa sedang mengamalkan kebebasan beragama.
“Kami yakin bahawa kerajaan Sri Lanka akan mengambil langkah sewajarnya untuk menahan dan menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam insiden ini,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Ahli Parlimen Bagan itu turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah dan tanda simpati kepada semua rakyat Sri Lanka.
“Kekejaman yang dilakukan ini membuatkan rakyat Malayska berasa amat sedih dan kami mendoakan agar Sri Lanka serta rakyatnya dapat pulih dengan segera,” katanya.