Semperna ulang tahun pertama kerajaan PH mari kita nilaikan janji manifesto yg dijanji di buku harapan..
Janji 1- hapuskan gst.. ia telah dilaksanakan setelah kabinet di bentuk. Dan akta gst di mansuhkan dalam sidang parlimen yg pertama
Fitnah pembangkang.. gst tak dimansuhkan hanya pd kadar zero
Janji 2- subsidi bersasar dan stabilkan harga petrol, ia juga telah lakukan, harga petrol di tetapkan pada harga rm2.08 seliter dan kerajaan memberi subsidi
Janji 3- hapuskan hutang felda, ia dlm per laksanaan. Kerajaan baru sahaja mengumumkan peruntukkan sebanyak 6 Billion membantu warga felda
Janji 4- kwsp utk suri rumah telah dilaksanakan
Janji5- menyamaratakan gaji minimum antara semenanjung dan sabah sarawak telah dilaksanakan, kerajaan telah mengubal akta gaji minima bg menyamaratakan gaji minimun semenanjung dan sabah sarawak
Janji6- menyiasat scandal mega, berpuluh dakwaan telah di bawah ke mahkamah bg mendakwa pemimpin terdahulu bg scandal 1mdb , felda, tabung haji, felcra
Janji 7- skim peduli sehat telah berjaya di laksankan, skim insuran utk membantu golongan b-40
Janji8- kaji semula projek mega, beberapa projek mega telah dikaji semula, ada dibatalkan, ada perjanjian baru dibuat bagi mengurangkan kos pembinaan.
Janji 9- menangguh pembayaran ptptn dan menyenarai putih mereka yg telah di senarai hitam. Ia separuh telah di laksanakan, bagi menyenarai putih mereka yg telah disenarai hitam telah di laksanakn cuma penanguhan bayaran tak dpt di laksanakan
Janji10- kembalikan status sabah dan sarawak, kerajaan telah menunaikan janji dgn membawa usul ke parlimen bg mengembalikan status sabah dan sarawak tetapi tidak mendapat 2/3 undi mp kerana di boikot pembangkang.( jadi ia salah pembangkang)
Secara kesimpulan 8 dari 10 janji telah berjaya dilaksanakan 1 digagalkan pembangkang 1 separuh di laksanakan
Good job kerajaan Pakatan Harapan..