Hubungan kaum selepas 50 tahun rusuhan 13 Mei masih tidak bertambah baik walaupun ahli politik Malaysia baharu di bawah Pakatan Harapan terus memainkan isu bangsa dan agama, kata penganalisis.
Malah, hubungan kaum ‘lebih buruk daripada sebelumnya’, kata penganalisis kepada The Malaysian Insight.
Ahli sosiologi dan penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong berkata, hubungan kaum itu tidak seperti apa yang berlaku pada hari ini.
“Banyak perbezaan. Sekarang lebih teruk daripada dulu,” katanya.
Rusuhan kaum yang berlaku selepas pilihan raya umum 10 Mei 1969 menyaksikan parti pembangkang DAP dan Gerakan memperoleh lebih banyak kerusi sementara parti Perikatan pendahulu Barisan Nasional (BN) memenangi kurang daripada separuh undi popular.
Parti pembangkang yang didominasi kaum Cina meraikannya di khalayak ramai menyebabkan berlaku keganasan di antara penyokong dan orang Melayu.
Beratus-ratus orang yang kebanyakkannya kaum Cina terbunuh.
Darurat kemudian diisytiharkan; undang-undang melarang mempersoalkan status khas dan institusi pentadbiran Melayu telah diluluskan dan kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), rancangan tindakan afirmatif untuk menentang dominasi ekonomi kaum Cina.
Dasar ini disokong oleh Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin keutamaan bagi orang Melayu dan membawa kepada sistem kuota yang membawa 30% ekuiti Bumiputera dalam syarikat awam yang disenaraikan, diskaun untuk pembelian rumah, kereta dan lain-lain.
Kua berkata, DEB sepatutnya berakhir pada 1990 tetapi kini ‘tidak pernah berakhir’ seperti program matrikulasi Kementerian Pelajaran untuk pelajar pra-universiti yang mempunyai kuota 90% untuk pelajar Bumiputera. – TMI