Abdul Rauf Hj.Jainullah
Bagi mereka yang mempertikaikan ‘ Moral dan Akhlak ‘ Dato Seri Anwar Ibrahim sila bandingkan pengetahuan anda dengan orang-orang yang mempertahankan ‘ Maruah ‘ Dato Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;
- Sejak bermula ‘ Fitnah dan Tuduhan yang direkayasa ‘ dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Dato Seri ‘ Berhenti Berpolitik ‘ sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang. Dato Najib sendiri di parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi, akibat kemarahan masyarakat Melayu atas kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.
- Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/BN buat pertama kali bila Umno/Bn kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.
- Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Dato Seri sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan Umno/Bn, bila Umno/Bn buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular dan sepatutnya Anwar Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.
- Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab, Indonesia,Turki dan Iran tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori ‘Politik’ pada tahun 2017 dan 2018 dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan, walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.
Masyarakat antarabangsa tetap mempertahankan moral dan maruah Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ‘ Global Peace Prize ‘ pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.
Masyarakat barat tetap mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim apabila Anwar disenaraikan ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ‘Politik’ oleh Majalah Time pada tahun 2008.
- Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr. Yusuf Qaradhawi tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Intellectual Muslim’ yang dihormati oleh dunia barat.
- Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas presiden Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayat almarhum.
- Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral, Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayat AlMarhum.. .
- Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- PAK Amien Rais, pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- Kiayi Hj. Maasum Bondowoso Jawa Timur, Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Drajat Lamongan Jawa Timur, Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- Sheikh Abdul Razak Hafiz, Mallah Puram, Karallah, India memimpin himpunan setengah juta umat, zikir dan solat hajat untuk mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- BJ Habibie, bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.
- Mustapha Charrick, Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan Moral, Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.
- Maulana Ihsan Hendricks, Presiden Majlis Keadilan Islam dan Judicial Council Ulama Afrika, tetap mempertahankan Moral, Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Reccep Tayyip Erdogan, Presiden Turki tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Dr. Umar Jamjum, University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Rashid Ghanoushi, Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia,tetap mempertahankan moral, akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.
- Mantan Yang DiPertuan Agong,Sultan Muhammad V Kelantan mempertahankan moral, akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim dengan memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kerana baginda sendiri secara peribadi tidak mempercayai fitnah dan tohmah yg dikenakan ke atas Anwar Ibrahim…
(Visited 363 times, 1 visits today)