Awang
Antara lain Dusuki Rani menulis : ‘Jika benar DAP dan sekutu mereka meletakkan Islam sebagai keutamaan, kita cabar mereka, jom bersolat dan sujud bersama kami, laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN yang di janjikan di dalam manifesto mereka itu, Jom laksanakan apa yang terdapat didalam Al Quran.. Gentar?’
Sebenarnya DAP ada agenda tersembunyikan? Kami umat Islam di latih dengan kefahaman perang Badar Kubra di bulan Ramadhan ini.. Selamat mencuba DAP…
“Jika benar DAP dan sekutunya meletakkan Islam sebagai keutamaan…..”
Bila masa pulak DAP meletakkan Islam sebagai keutamaan….? Dah tentu DAP adalah sebuah parti politik…. Tidak ada dalam perlembagaan DAP untuk meletakkan agama Islam atau Budha atau Kristian sebagai keutamaan…. DAP bukan pertubuhan agama.
DAP sekarang adalah parti komponen dalam kerajaan… Ramai orang DAP yang jadi wakil rakyat, bahkan jadi menteri dan exco pun ada….. Atas kapasiti sebagai wakil rakyat, mereka sampaikan sumbangan kepada masjid dan orang-orang Islam di kawasan mereka…. Takkan bagi sumbangan pun dikata DAP berlakun seolah-olah mahu meletakkan Islam sebagai keutamaan….??
Kemudian sambungan ayat itu berbunyi : “kita cabar mereka, jom bersolat dan sujud bersama kami, laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN yang di janjikan di dalam manifesto mereka itu, Jom laksanakan apa yang terdapat didalam Al Quran.. Gentar?”
Ini apa benda ni…? Cabar orang bukan Islam untuk solat dan sujud bersama kamu…? Eh, ini ajaran dari celah bedah mana pulak…? Ini bukan ajaran Nabi Muhammad SAW…. Nabi SAW tak pernah cabar kaum Musyrikin supaya solat dan sujud bersama orang Islam…. Nabi SAW mendakwahkan Islam, mengajak orang-orang masuk Islam… Ada pulak main cabar…
“Laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN…. Jom laksanakan apa yang terdapat di dalam Al Qur’an…”
Apa benda yang mamat ni merapu ni…? Dak…. sebenarnya apa yang dia nak beritahu….? tol, PTPTN, lepas tu laksanakan apa yang terdapat dalam Qur’an….. Last sekali dia tanya : gentar…?
ek eleh… entah apa-apa.
Dulu amoi Ipoh mali tadak sombong, kencing tadak bunyi…. Sekarang lebai, PAS mari, manyak sombong, kencing manyak kuat woo…