Najib Razak dan Mahmod Ahmadinejad sama taraf. Kedua-duanya adalah ketua kerajaan. Namun mengapakah Presiden Iran itu tidak dikawal dengan ketat oleh pasukan polis Arab Saudi ketika menunaikan haji?
Ahmadinejad malah berjalan bersama dengan jemaah Iran yang lain. Bukan satu gambar di mana pemimpin itu tidak dikawal tetapi banyak. Sama ada melakukan tawaf mahu pun ketika mengerjakan ibadat yang lain.
Rupa-rupanya kawalan keselamatan ketat yang diberi oleh kerajaan Arab Saudi hanyalah satu pilihan. Pemimpin negara boleh mengerjakan haji secara biasa tanpa kawalan kecuali oleh sebilangan kecil polis sahaja.
Bagi Ahmadinejad satu kepuasan apabila mengerjakan haji bersama jemaah yang lain. Terasa saat-saat Rasullullah saw menunaikan haji bersama para sahabat. Bagi Najib mungkin beliau tidak biasa dengan suasana yang berhimpit-himpit dan mahukan privasi dengan anggota rombongannya.
Mengerjakan haji pasti lebih bererti bersama jemaah lain yang bersesak-sesak dan setiap manusia akan merasa diri sama taraf dengan manusia di sekitarnya.