Do’a buat tetangga yg dikasihi Indonesia.
- Benda yg sudah lama berlegar di fikiran dan sebahagiannya sudah saya/kami catatkan dlm tulisan.
- Dan pengkaji politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff (UKM) pun sudah titikkan beberapa kali kerisauan itu dlm ucapan dan tulisan beliau.
- Isunya – ummah Melayu kita masih terus mudah dan leka dgn tebaran sentimen bentuk “emosi & fitnah”, atas ‘asobiyyah bangsa dan agama itu.
- Puak Pas/ISMA berkata, yaa kami faham perjuangan paksikan bangsa macam Umno itu tak diterima, dan bukan dasar kami. Tapi kami rela disebut ‘asobiyyah (pentaksub) agama Islam, sebab inilah agama yg kita imani dan anuti. Apa salahnya kami laksanakan iman kami?
- Hei ustaz dan puak berlabel agama. Fahamkan dahulu maksud ‘asobiyyah atau taksub itu.
- ‘Asobiyyah lawan ‘adil. ‘Asobiyyah sanggup benarkan perlakuan salah & zalim dilakukan oleh puak sendiri, sekali pun ianya disandarkan atas nama AGAMA atau bangsa. Islam tak pernah restui penganutnya berlaku zalim atas nama agama Muhammad itu!
- Mana mungkin konon demi perjuangan agama yg mulia ini, kamu sanggup benarkan zalim pada yg bukan beragama Islam, atau yg bukan kamu kategorikan fikrah Islam acuan kamu kehendaki. Hakikatnya itulah ‘asobiyyah yg Tuhan dah janjikan azab yg perit itu.
- Dalam sejarah Umno pula mereka hanya mainkan sentimen / emosi bernuansakan bangsa apabila mereka hilang kuasa. Sekali tahun 1969, selepas itu tahun 1999. Seterusnya 2008/2013.
- Semua itu berlaku masa Umno hilang kerusi Parlimen yg banyak. Tapi pada 2004 apabila Umno berjaya di kemuncak PRU11, sekilas pun tak mereka pandangan isu ekonomi di Kelantan. Masa itulah pelbagai kerosakan sistem Parlimen mereka laksanakan.
- Saudara kita di Indonesia sedang lalui ujian besar libatkan perkara yg sama. Cuma yg bezakannya jumlah rakyat marhaen mereka sangat besar dan jurang ekonomi sangat luas, dan perubahan yg dibuat oleh Jokowi masih dalam perlaksanaan.
- Team Probowo yg disokong oleh ramai “tok-tok guru” atau orang agama yg bersemangat hanya adalah 2 pilihan untuk jentik emosi rakyat ~ Islam terhina, bangsa Melayu dijajah Cina, dan Jokowi bukan lah seorang yg cintakan Islam.
- Dua benda tu sudah lengkap dan bisa meranapkan negara tetangga yg kita kasihi, jika gagal di bendung. Mereka yg brada di bawah pengaruh emosi & fitnah sudah bukan lagi mampu berfikir dan berhujjah secara rasional.
Kita di Malaysia ~ ambillah iktibar untuk kesejahteraan di Negara tercinta ini.
Apa jua ciri bersifatkan “khawarij moden” (baca artikel lepas) dalam politik Malaysia hari ini hendaklah dibendung sebelum ia parah dan meniti saat malang persis tetangga yg kita sayangi itu…
(Visited 319 times, 1 visits today)