Karpal Singh pasti sangat gembira melihat kekalahan Barisan Nasional (BN), kata Gobind Singh Deo.
Menurutnya, beliau merasakan Karpal Singh pasti sangat gembira kerana akhirnya mereka dapat mengalahkan BN.
“Saya fikir dia akan menumpukan perhatian kepada apa yang kita perlukan untuk dicapai. Dia akan mengingatkan kita apa yang perlu kita lakukan untuk rakyat.
“Pada masa sama, saya yakin dia juga akan menjadi sangat praktikal mengenai cara yang perlu dilakukan. Kami kerajaan baharu, kami perlukan masa untuk selesaikan sesuatu,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada The StarOnline dalam satu temubual.
Ahli Parlimen Puchong berkata, Pakatan Harapan mesti memastikan semuanya dapat disampaikan.
“Kita perlu memastikan bahawa kita menyampaikan tetapi pada masa sama kita harus memahami bahawa janji ini tidak dapat dicapai dalam masa semalam. Jadi saya fikir dia akan memberi ruang kepada kami.
“Kami merindukannya tetapi malangnya kami perlu teruskan. Kita perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Penyokong tegar DAP dan peguam terkenal Karpal meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 17 April 2014. – TMI