Anon..
Ada rakan-rakan tanya aku, why PH/DAP boleh menang di kawasan majoriti Bumiputra Islam?
Dorang tak sayang Islam kah?
Dorang tak takut kah dengan DAP yang akan mengancam kedudukan Bumiputra?
Aku jawab berdasarkan pengalaman aku sebagai orang Sabah, korang baca pelan-pelan?
Dulu aku belajar di Universiti Malaya, klu tak silap pada tahun 2001. Kawan2 aku ada bangsa Cina dan Bumiputra lainnya, ugama kami tak sama.
Di Kampus UM kami selalulah berjalan bersama, pegi makan, minum, atau lepak-lepak.Rakan-rakan Semenanjung tengok kami semacam jak. Kami tak tahu apa sebabnya sehingga satu ketika ada yang tanya, u ok ka berkawan dengan budak Cina tu?
Aku jawab ok jak….begitulah kami di Sabah, kami tak kisah sangat soal bangsa dan ugama ini, yang penting kami hidup harmoni.
Sebab itu bukan mengherankan kalau ada Bumiputra Islam mengundi DAP, bukan kaum yang jadi perhitungan tapi selama ini di bawah DAP Sandakan ok saja, tiada pun orang Islam yang di Kristiankan, Masjid berdiri kukuh di Sandakan, umat Islam bersolat jumaat, tiada yang bising bila azan bergema….
Mereka berfikir secara bijak, bukan merelakan diri mereka ditipu….
Bossku tak boleh buat apa2 …
PAS dengan sentimennya tak boleh buat apa2..
Hero Rantau hanya mampu senyum..
Pendekar hanya mampu berpencak di tengah gelanggang …
Seperkara lagi…
PH juga sudah hampir melepasi fasa pembersihan, tuuuu pasal menang bergaya…
Bau kencing, tahi bersepah yang ditinggalkan kerajaan BNdulu juga sudah hampir semua dibersihkan.