ULASAN: Istilah yang diguna ialah infaq wajib Ramadan.
Mengapa guna istilah itu? Kenapa tak guna istilah zakat fitrah?
Tentulah ada pihak yang bagi nasihat, jika istilah zakat fitrah diguna, itu salah dari sudut undang-undang.
Sebab, hanya pihak berkuasa agama negeri sahaja yang layak memungut zakat fitrah. Pihak lain semuanya tak boleh.
Oleh kerana mereka berpendapat kumpulan mereka layak kutip zakat fitrah, maka mereka berusaha untuk kutip zakat itu.
Jika mahu dikutip dengan nama zakat fitrah, salah dari sudut undang-undang, maka digunalah istilah infaq wajib Ramadan.
Istilah infaq wajib Ramadan diguna pada sepanduk, resit kutipan, penyata kewangan atau minit mesyuarat supaya tidak dianggap melanggar undang-undang.
Tapi dari sudut praktikal, sebenarnya adalah zakat fitrah kerana mereka memang berniat memungut zakat fitrah.
Pembayar juga berniat zakat fitrah, dan jika ada lafaz, memang disebut, “Ini zakat fitrah ana dan semua tanggungan yang wajib ke atas ana.”
Kenapa semasa berlafaz tak guna istilah infaq wajib Ramadan.
Pertama, mungkin bimbang tidak sah sebab istilah yang masyhur ialah zakat fitrah. Kedua, infaq wajib Ramadan dan zakat fitrah adalah perkara yang sama bagi mereka.
Begitulah cara tengkuk agama dipulas. Untuk mengelak daripada kena tindakan undang-undang, diguna nama yang berbeza. Untuk dapat duit pula, dianggap maksudnya adalah sama.
Nanti ada episod kedua untuk isu ini yang kalau saya rajin saya akan tulis.
______________________________________________________________________________
Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi merupakan Pengarah Syariah AMANAH Nasional