Haziq tampil membuat pengakuan dia lah individu yang terlibat dalam video tersebut bersama Azmin.
Dalam Syariat Islam, salah satu contoh flow tindakan seterusnya adalah seperti berikut :
1- Membezakan pengakuan itu adakah perlakuan seks liwat, atau sekadar musahaqah (berseronok). Lain perlakuan, lain hukuman.
2- Dapatkan pengakuan Azmin.
Jika Azmin mengaku, Azmin dan Haziq dihukum.
Jika Azmin tidak mengaku, jalankan siasatan. Yang menuduh kena kemukakan bukti.
البينة على المدعى واليمين على من انكر
3- Jika tuduhan atas perlakuan sumbang sahaja, bukti keberadaan Azmin di premis, kesahihan foto dll diperlukan.
Jika bukti tidak kukuh, Azmin dibebaskan, Haziq dihukum di bawah enakman syariah Musahaqah.
4- Jika tuduhan seks liwat, 4 saksi diperlukan. Jika tiada 4 saksi, Azmin dibebaskan. Haziq disebat hudud 100 kali kerana mengaku melakukan liwat, jika dia bujang.
*
Kesimpulan :*
1- Haziq confirm kena hukum sebab dia dah mengaku.
2- Nasib Azmin bergantung kepada bukti-bukti yang Haziq kemukakan.
Ustaz Abdul Halim Abdullah