Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Rizak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-26 hari ini.
10.30 pagi: Ismee Ismail setuju dengan hujah pembelaan bahawa bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin mungkin bersubahat dengan bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil untuk menipu lembaga pengarah berkenaan urus niaga Gandingan Mentari Sdn Bhd dengan Putra Perdana Construction Sdn Bhd.
Ketika pemeriksaan balas, saksi ke-39 pendakwaan itu setuju dengan kenyataan Harvinderjit bahawa lembaga pengarah tidak diberitahu berkenaan urus niaga di mana Gandingan Mentari melabur sebanyak RM140 juta dengan Putra Perdana Construction, bagi pelaburan Putra Perdana di Afrika Selatan.
Urus niaga itu melibatkan pembahagian keutungan pada nisbah 70/30 antara Gandingan Mentari dengan Putra Perdana Construction.
Harvinderjit: Melihat kepada tandatangan (di dokumen), Suboh tak berlaku jujur dengan lembaga pengarah.
Ismee: Dia ingat itu ialah Gandingan Mentari.
Harvinderjit: Gandinan Mentari menyertai persetujuan dengan Putra Perdana Construction dengan berpura-pura menjadi pengurus pelaburan (pseudo investment manager) di Afrika Selatan, memberikan RM140 juta kepada Putra Perdana Construction, dan bahagi 70/30 dengan Gandingan Mentari. Ini tak diberitahu kepada lembaga pengarah?
Ismee: Ya (setuju).
Harvinderjit: Nampaknya Suboh bersubahat dengan Nik Faisal.
Ismee: Ya.
10.30 pagi: Ismee Ismail berkata dia tidak boleh memberitahu tentang apa yang berlaku kepada pinjaman RM4 bilion daripada KWAP kepada syarikat itu pada 2011 dan 2012.
Tanpa dokumen, katanya, dia tidak dapat berkata dengan pasti ke mana wang itu pergi.
Harvinderjit: Anda tak boleh kata apa jadi dengan wang daripada KWAP…Apa jadi kepada pinjaman KWAP kepada SRC?
Ismee: Tanpa apa-apa bukti dokumen atau jejak aliran wang (money trail), saya tak boleh kata dengan pasti.
Ismee: Lembaga tak setuju RM2b dikeluarkan dari akaun SRC
10.20 pagi: Ismee Ismail setuju bahawa pinjaman RM2 bilion kedua daripada KWAP – yang dimasukkan ke akaun syarikat pada 28 Mac 2012 – dikeluarkan pada bulan sama tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya peguam belas Harvinderjit Singh.
Harvinderjit: Seluruh RM2 bilion daripada KWAP dikredit ke dalam akaun pada 28 Mac (2012) dan didebit keluar dari akaun pada Mac (tak jelas). Lembaga pengarah tidak meluluskan perkara ini.
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Hakikat bahawa wang masuk dan keluar, tiada pematuhan terhadap mandat syarikat.
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Ini satu penipuan (fraud) yang serius.
Ismee: Ya.
9.50 pagi: Lembaga pengarah SRC International tidak tahu berkenaan peranaan sebenar Nor Mohamed Yakcop dalam syarikat itu walaupun bekas menteri tersebut terlibat dalam pinjaman RM2 bilion daripada KWAP.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Harvinderjit Singh, Ismee Ismail berkata Nor Mohamed – yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi – terlibat dalam beberapa keputusan penting pada 2011 dan 2012.
Ia termasuklah penubuhan SRC International dan penukaran hak miliknya daripada 1MDB kepada MOF Inc.
Harvinderjit: Jadi, secara ringkasnya, keputusan kerajaan untuk (memberi) geran RM2 bilion (berdasarkan) memorandum daripada Perbendaharaan kepada menteri kewangan 2 (MOF2). Dan minit MOF2 menyatakan ‘setelah berbincang dengan pegawai MOF, memorandum ini disokong’.
Jadi pada permukaannya, cadangan untuk geran kerajaan datang daripada Perbendaharaan. Dan kelulusan untuk sokongan ini daripada menteri EPU dan Kementerian Kewangan. Betul?
Ismee: Ya.
Harvinderjit: Dan lembaga pengarah tak tahu apakah sebenarnya peranan Nor Mohamed dalam SRC?
Ismee: Ya.
Ismee setuju pengarah SRC tak beri mandat untuk jaminan RM2 bilion
9.37 pagi: Bekas pengerusi SRC International setuju dengan hujah peguam bahawa lembaga pengarah syarikat itu tidak memberi mandat untuk bekas pengerusinya Nik Faisal Ariff Kamil mendapatkan jaminan bagi pinjaman RM2 bilon daripada kerajaan pada 31 Januari 2012.
Harvinderjit: Lembaga pengarah (SRC International) tidak beri mandat kepada Nik Faisal untuk keluarkan surat itu?
Ismee: Setakat yang saya ingat.
Harvinderjit: Jika penerima, iaitu Kementerian Kewangan, meneliti surat itu yang meminta jaminan kerajaan, penerima akan anggap ia sudah melalui sistem syarikat (sudah diperiksa dengan betul).
Ismee: Ia satu anggapan yang wajar.
KWAP menyalurkan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion kepada SRC International pada Mac 2012. – mkini