Ipoh mali
Tadi tengok tajuk video Malaysiakini (KINI TV).. Dalam ucapan Ketua Pemuda PAS hat baru ni, Pemuda mahu bahasa Mandarin dan tamil di wajibkan.. boleh jadi PAS nak cover balik ucapan Muslimat PAS yang minta sekolah Vernakular dihapuskan..
Aku rasa kalau hat keluar kata kata ni pemimpin DAP atau Amanah.. dah lama depa kata, ini cubaaan khianat bahasa Melayu..Bahasa Kebangsaan..agenda DAP , Komunis bagai..tapi sebab hat kata ni pemimpin PAS ,penyokong PAS raasa dah macam dalil hadis dan Quran..
Sebelum ni aku pun ada cadangkan bahasa Mandarin diwajibkan, Tapi takdalah sampai nak wajibkan bahasa tamil, agak agak lah.. aku minta bahasa Mandarin diwajibkan bukan sebab kita ni masyarakat Majmuk.. tapi sebab keperluan hari ini untuk mengusai bahasa mandarin, Sebab China adalah kuasa Ekonomi Dunia hari ini..jadi bahasa Mandarin hari ini sepenting bahasa Inggeris dalam pasaaran hari ini,Ini punya nak ampu bukan islam, sampai nak wajibkan bahasa tamil..
Lepas tu Kelab Penyokong PAS, DHPP dalam ucapan dia minta UEC Di iktiraf.. takda pulak bising berbunyi kelompok Ashabiyah..puak ISMA, Mufti , pejuang bahasa bagai.. takda pulak Ustaz nak kata kononnya ia melanggar perlembagaan.. inilah PAS, Janji sokong PAS, Sokong Haji Hadi, jangan kata Sokong penyamun UMNO..Sokong Yahudi pun boleh jadi halal kalau sokong Hj Hadi…
Lepas tu pulak, bekas EXCO Selangor Dr Halimah dalam ucapan dia, dia kata Sistem Pendidikan kita kena contohi kejayaan Sekolah Vernakular.. pulak.. Tahu pulak puji sekolah vernakular, jadi secara tidak langsung mereka mengakui sistem sekolah vernakular lebih baik.. Itu sebab orang Cina tak suka hantar anak depa ke sekolah kebangsaaan, Jangan kata orang Cina, Orang melayu pun kalau boleh nak hantar anak depa ke Sekolah Vernakular..
Nampak tak perangai puak Khawarij ni.. Suka hati depa nak bertukar tukar dalil, kalau yang kata tu Dr Mujahid,Pemimpin DAP semuanya agenda merosakkan Melayu dan Islam.. Kalau pemimpin depa terutama Hj Hadi cakap.. dah macam Wahyu Allah turun pada Ulaam dan Presiden depa.. depa boleh terima hatta orang macam Najib pun dijemput berucap dalam Majlis Nuzul Quran, Badar Kubra anjuran PAS kat Perlis baru baru ni..
jangan kata bab Pendidikan Cina.. kalau bab Hudud serupa tu lah jugak.. Kalau kita minta tangguh, kita kata ada Awlawiyyat dan keutamaan..dikata tolak Islam, Kapir.. bila Haji Hadi kata Hudud tak sampai 1% dalam agama.. Depa anggap Hj Hadi tu macam Nabi.. Bayangkan Haji Hadi hanya baca usul, lepas tu tangguh RUU 355 pun , depa sambut macam wira kat Airport Terengganu, kononnya Islam dah berdaulat, lagi teruk IQ depa, punya taksub dari pengikut Ayah pin..
Bahaya kelompok macam ni.. Ini yang Sheikh Said ramadhan kata, Bahaya kelompok Islamiyyin..yang depa ni guna agama sebagai khadam, alat untuk tujuan dan kepentingan Politik.. depa inn boleh mengubah fatwa mengikut selera depa.. Sheikh said Ramadhan dah ingatkan lama dah bahaya puak Khawarij ini.. 🙂