Via WhastApps
Bertanyalah saya kepada Ustaz Ahmad Nasir B. Hj Daud (ahli PAS dan seorang guru agama di Alor Setar).
Kenapa enta menolak hubungan PAS-UMNO ni?
“UMNO ni, belum pernah berubah daripada disiplin, idealogi dan mereka tetap taatkan kpd undang2 Lord Reid. Apabila saya menghampiri kumpulan2 UMNO… Penyatuan ini digambarkan sebagai ikatan Melayu, Islam dan aqidah. Namun, tujuan asal PAS adalah untuk memartabatkan Islam dan menentang sekularisme. Tetapi, jika PAS hanya hendak dipergunakan oleh UMNO… Atau PAS mengambil kesempatan politik ke atas UMNO… Maka, untuk apa perjuangan kita selama ini?
Kepimpinan parti sebelum ini berulang-ulang kali menafikan hubungan PAS dan UMNO, tapi kenapa baru sekarang nak mengaku? Soalannya, adakah UMNO sudah berubah ker?… Ana tak nampak apa2 pun lagi perubahan (UMNO) samada dari segi falsafah, idealogi dan keintelektualan Islam”.
Ditanya pula kepada saudara Ahmad Ideris Bin Sani (ahli UMNO dan bekas seorang guru di Gopeng Perak).
Menurut beliau…
“Saya secara peribadi… Masih berdendam lagi dengan Hadi Awang. Lancang sungguh mulut beliau sewaktu dia mengkafirkan org2 UMNO. Dia telah ‘mengkafirkan’ arwah ayah saya dulu… Malah rakan2 serta ahli keluarga saya yang lain. Saya boleh menerima beliau dan PAS sekiranya dia (Hadi Awang) memohon maaf secara terbuka berkenaan AMANAT HADI yg tercetus pada 1981 dulu.
Malah, Hadi juga perlu menarik semula AMANAT tersebut dan mengakui kesilapannya itu. Tetapi, sepanjang hidup saya ni kan, saya tak pernah mendengar sebarang kemaafan dari HADI di atas apa2 isu sekali pun. Nak menerima Hadi dan PAS?… Maaflah, kami TIDAK BODOH!”
Itu adalah antara luahan kata2 dari penyokong (akan jadi BEKAS penyokong @ ahli) PAS-UMNO…