Riwayat Ahmad
Selepas Tuan Ibrahim ditegur memetik hadis palsu oleh Wanji, Kemudian Tuan Ibrahim mengatakan semua hadis dalam kutub Sittah itu Shahih.. sekali lagi Tuan Ibrahim menunjukkan kedangkalannya dalam Ulum dan Ilmu Hadis..tidak semua dalam Sunan Sittah itu Sahih..
Satu Kesilapan, Ditutup dengan kesilapan yang lain semata mata mempertahankan Pembohongan.. itulah gambaran PAS hari ini, Malangnya kesilapan Timbalan Presiden PAS yang dikata Ulama’ ini, Ditegur oleh anak muda yang dihina sebagai Budak Jalanan…
Mana tidaknya, orang orang yang dihina itu buat penkhususan sarjana dalam ilmu hadis, Tuan Ibrahim dalam kajian dan tesis Sarjana nya di UKM, hanya kajian tentang implikasi pelancongan di Pulau Tioman..tidak alim tak mengapa, jangan berlagak sombong Alim..
begitu jauh kefahaman Ulama dan dikata budak jalanan dalam ilmu Hadis..Bayangkan bila Budak Jalanan terpaksa mengajar dan membetulkan Kesilapan yang mendabik dada sebagai Ulama’.. bukan sekali kesilapan itu berlaku.. berulangkali dari orang yang berbangga dipanggil Ulama’…
Sebenarnya nada bongkak ini, bukan sahaja datang dari Wan Zawawi.. hatta Tuan Ibrahim sebelum pernah mempertikaikan PHD Dr Mujahid, Kata tuan Ibrahim, Menteri agama takda latar Belakang agama, apakah agama pada ukuran tuan Ibrahim, Jubah dan serban ? Dr Mujahid tu lulusan Al-Azhar Mesir, PHD pun dalam Siyasah Syariah dari UM..dia mampu berhasa arab dan Inggeris dgn baik..
Mengapa perlu Tuan Ibrahim pertikai kelayakan Dr Mujahid, Sedangkan Tuan Ibrahim sendiri dalam kajian dan tesis Sarjana nya di UKM, hanya kajian tentang implikasi pelancongan di Pulau Tioman.. tu sebab Tuan Ibrahim sebelum ni tak reti beza antara Wizarah Tafwidh dan Wizarah Tanfiz..
Aku sebenarnya tak menggemari perbahasan status hadis, bagi aku cukup lah ada satu qaul yang kuat dari Ulama Hadis tentang status Hadis.. tak perlu dipanjang dan dipertikaikan selama mana adis itu sesuai dengan prinsip dan firman Allah di dalam Quran…
aku lebih suka melihat sesuatu hadis dari sudut Asbabul wurud atau konteks hadis itu mesti digunakan tepat pada tempatnya.. bukan disalah guna.. Berapa banyak Ulama menggunakan Hadis untuk kepentingan kelompok mereka.. termasuk kelompok Syiah..
Sebenarnya takda masalah kita lemah dalam satu satu bidang pengajian Islam, Tidak semua Alim dalam semua jurus Hadis mahupun Tafsir..Apa yang penting kita tidak bongkak dengan Ilmu yang kita miliki.. memperkecilkan orang kononnya tidak setaraf.. budak jalanan,
Kesombongan Iblis itulah yang kita Lawan.. Sebagaimana orang yang miskin tapi sombong..Iblis jauh lebih Alim dari Tuan Ibrahim dan Wan Zawawi.. padan lah dia menyombong diri.. Peliknya orang yang tak alim pun sombong mcm Zawawi dan Tuan Ibrahim..
Sebagaimana Hadis Nabi menyentuh kelompok Kahwarij.. Quran itu hanya dimulut mereka tanpa kefahaman pun..
سَيَكُونُ فِي أُمَّتِي اخْتِلَافٌ وَفُرْقَةٌ، قَوْمٌ يُحْسِنُونَ الْقِيلَ، وَيُسِيئُونَ الْفِعْلَ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ”
“Akan ada di kalangan umatku perselisihan dan perpecahan. Iaitu satu kaum yang bagus dalam perkataannya, namun jelek dan keji dalam perbuatannya. Mereka membaca al-Qur’an namun tidak melewati tenggorok mereka…”