Akhirnya Mahathir menyeru semua ahli Umno tinggalkan Umno dan sertai Bersatu untuk menguatkan kuasa orang Melayu. Setelah Melayu didakwa Mahathir berpecah kepada 6 kelompok parti.
Maknanya ‘Umno’ masih berkuasa melalui kulit baharu iaitu Bersatu. Dengan lebih 40 baki ahli parlimen Umno yang bakal menyeberang ke Bersatu maka kuasa majoriti di Parlimen kembali kepada Umno 2.0 (Bersatu).
Bersatu lebih kuat
Bersatu akan mengatasi kerusi PKR, DAP, Amanah dan Pas jika pelan Tun berjaya. Seruan orang Melayu dalam Umno menyertai Bersatu membenarkan analisa selepas PRU14 iaitu Umno 2.0 sedang dihidupkan dan digerakkan.
Segelintir Umno yang kena
Dakwaan salau laku rasuah dan lain-lain dijangka hanya dikenakan kepada beberapa kerat pimpinan Umno yang korup dan bodoh kerana mengkayakan diri dan keluarga dengan mengkhianati amanah rakyat selama ini.
Awas sekalian rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam yang mudah dikelirukan.
Mungkin Umno diharamkan
Seruan Mahathir itu mungkin petanda bahawa Umno akan diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana menerima wang haram 1Malaysia Development Berhad.
Jika Umno haram maka pilihan orang Melayu sama ada masuk Bersatu atau Pas.
Sebahagian ahli Umno yang suka berpesta-pestaan dan bergaya sakan tentunya elergi dengan Pas. Yang suka bergosip dan bersolek juga tidak sesuai. Jadi mereka dijangka akan masuk Bersatu atau kekal tidak berparti.
Hanya masa akan menentukan adakah Pas dan Umno sempat berbulan madu selepas sah bernikah pada bulan Jun 2019