Walaupun punca kematian ADUN Kerdau terjatuh dalam bilik air di rumahnya namun umum telah lama mengetahui iaitu beliau menghidap barah yang teruk dan sering berulang-alik di hospital. Kerapkali beliau koma juga. Maka dengan kembalinya beliau ke rahmatullah kini lenyap sudahlah teka-teki tahap kesihatan ADUN Kerdau tersebut dan sah Dun etrsebut kosong.
Samada PM Najib mahu mempakejkan PRU 13 dengan PRK DUN Kerdau ini adalah beberapa kemungkinan untuk Najib setelah berjumpa dengan ketua-ketua bahagian Umno semalam. Termasuk juga dengan PRU bagi DUN Sarawak untuk beliau pertimbangkan. Boleh menjimatkan duit rakyat dan juga boleh mengurangkan kemenangan Pakatan Rakyat agaknya pada perkiraan PM Najib Razak.
Jikalau PRK DUN Kerdau menjadi realiti maka calon yang tersedia untuk berkhidmat dan menabur jasa bakti bagi PAS ialah Naib Presidennya yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang dan juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Krau. Sebelum ini beliau pernah menjadi ADUN di Jengka selama sepenggal pada 1999-2004 dan tewas pada 2004 dan 2008 dengan majoriti yang amat tipis pada calon BN.
Kewiwbawaan Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man amat terserlah dan tidak perlu untuk ditokok tambah lagi. Hubungan dengan rakyat dan Sultan pun amat baik sekali begitu juga ketokohan sebagai alim ulama amat diketahui hampir semua lapisan masyarakat terutama negeri Pahang.