Oleh: رملن
- Semasa aku dlm PAS dulu, aku sangka keislaman aku sudah cukup sempurna. Semua orang yg tak bersama PAS, aku anggap keislamannya cacat sekali pun dia orang alim atau bertaraf profesor pengajian Islam di universiti.
- Dalam satu kursus yg pernah aku hadiri, sampai lewat pagi aku bertengkar dgn orang ABIM yg kebetulan rakan sekursus aku mengenai siapa lebih Islam antara ABIM dan PAS. Tiada pemenang dlm “debat bodoh” itu kerana tiada yg mengaku kalah.
- Kalau orang tanya aku semasa itu tentang sebab aku bersama PAS, secara tegas aku jawab, sebab PAS mahu laksanakan hudud. Bagi aku, UMNO tolak hudud dan orang tolak hudud keislamannya dipertikaikan.
- Suatu masa, aku berharap aku boleh berpidato segaya Abdul Hadi. Bahkan ratusan keset ceramahnya aku jadikan koleksi peribadi. Aku kagum sekali dgn dia sehingga apa saja berkaitan dirinya aku kagumi dan anggap betul.
- Pada masa itu, aku anggap ulama PAS adalah orang paling alim khususnya Abdul Hadi. Bagi aku Hamid Othman, Yusoff Noor, Ismail Ibrahim, Mahmud Zuhdi, semuanya orang jahil sebab mereka tak bersama PAS walau pun mereka ada PhD dlm pengajian Islam.
- Ya… itulah aku ketika usia ku antara 16 – 25 tahun. Ya sungguh lama aku terperosok dlm dunia ketaksuban dan ketakjuban kpd PAS. Pelikkah? Tentu tidak, sebab aku membesar dlm persekitaran seratus peratus PAS.
- Dalam kalangan guru aku, ada yg enggan solatkan jenazah orang UMNO, enggan makan kenduri orang UMNO dan enggan bermakmumkan orang UMNO. Ada guru ku yg sebut, kalau nampak orang UMNO dia nak terbey @ lastik kepala orang itu.
- Aku bukan salahkan mereka, cuma sekadar berkongsi cerita. Ya… cerita bagaimana aku tenggelam dlm dunia beragama ala PAS. Adakah aku menyesal? Ya, sudah tentu, tapi masa tidak boleh diputar balik lagi.
- Justeru, aku tak hairan kalau ada anak muda kini yg seusia aku zaman dulu berpemikiran macam aku pada zaman itu. Cuma aku pelik kalau ada yg berusia 50 tahun tapi berotak macam aku ketika berusia 16 tahun.
10.peekara yang sama berlaku atas diri ku, berkelahi x bertegur sape dg kawan2 orang umno dipjbt, bapak mntua bapak saudara, saudara mara yang sokong umno,solat dua iman, sembelihan umno tidak makan, kenduri umno tidak hadhir, kawen iman umno tidak sah
11.sbb aku ditarbiah diusrah,dengar ceramah, bahawa Umno kafir, mati x masuk syurga, orang pasU, Mukmin sejati, maka orang Umno mati, tidak boleh solat jenazah, lebai baca ayat surah taubah 84.pada masa itu aku terasa lebih islam dari pyokong Umno.
Alhamdulillah Allah bagi aku kesedaran kembali kepangkal jalan,ikut petunjuk agama Allah, yang benar dan tidak matikan aku dlm keadaan jahil semasa bersama pasU.pasU Pati takfiri, dia yang betul orang lain kafir…
Kesiannnn noo… 😭😭😭🤮🤮🤮🤑🤑🤑
(Visited 160 times, 1 visits today)