Via WhatsApp
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Para penjawat awam, bakal pesara dan pesara Kerajaan yang dikasihi sekalian,
Alang-alang ramai sangat di luar sana yang bergosip berkenaan:
- Pencen nak dihapuskan
- Skim pencen sekarang tukar kepada Skim KWSP
- Potong emolumen pencen (sejak bila pula pencen tu emolumen?)
- Halang pencen dipindah kepada isteri
- Penerima pencen disekat segalanya untuk tukar ke skim KWSP
Maka kami terpanggil untuk berkongsi beberapa perkara yang dibangkitkan di atas berdasarkan ilmu dan dasar yang terpakai sekarang:
- Pencen nak dihapuskan – Nak hapuskan skim pencen bukan senang sahabat-sahabat sekalian. Pencen yang diberi kepada mana-mana pesara Kerajaan tu sandarannya pada Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239). Kalau betul nak hapus, dua-dua akta ni kena mansuhkan. Nak mansuhkan kena bentang di parlimen bagai, panjang prosedurnya.
Parlimen boleh mansuhkan, kan? Betul tu, tapi kena ingat, apa-apa yang Kerajaan buat untuk pesara berhubung dengan pencen mestilah tidak kurang baiknya dengan apa yang diterima sekarang. Siapa yang cakap? Perlembagaan Persekutuan yang cakap. Boleh tengok Perkara 147(1), Perlembagaan Persekutuan yang sentuh isu berhubung pencen tu.
- Skim Pencen tukar kepada Skim KWSP – Prinsip di dalam perkhidmatan, mana-mana perkara baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan, pegawai di dalam perkhidmatan mestilah diberi pilihan atau opsyen untuk memilih, sama ada kekal dengan apa yang dipilih sebelum ini atau menerima apa yang diperkenalkan. Cuba semak semula, setiap kali umur bersara wajib baharu diperkenalkan, semua penjawat awam akan dihulurkan opsyen, nak pilih kekal atau pilih yang baru. Bahkan isu Sistem Saraan pun masih diberi opsyen, bukan main paksa-paksa je. Jadi, tiada elemen paksaan berlaku dalam semua keadaan.
- Potong emolumen pencen – Pertamanya, pencen bukan emolumen ya sahabat-sahabat. Emolumen tu dalam perkhidmatan, pencen tu pemberian di bawah peruntukan Akta Pencen ya. Jadi, gunakanlah terminologi yang betul. Isu potong tu, kalau pesara / penerima pencen sedang menerima pencen, maka Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi melindungi untuk dipotong pencen tersebut sebab nak cut cost. Secara umum, Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) benarkan potongan ke atas faedah persaraan bagi 3 perkara sahaja – menjelaskan hutang Kerajaan (hutang pesara dengan Kerajaan ya, jangan spin ayat!), potongan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan bagi tujuan Insolvensi.
- Nanti mesti ada yang cakap “perlembagaan tu boleh dipinda” – betul! tapi kan, siapa yang faham tentang prosedur pindaan perlembagaan persekutuan, mesti tahu bahawa dewan rakyat perlu mendapat sokongan 2/3 dari keseluruhan ahli dewan rakyat untuk tujuan apa-apa pindaan pada Perkara 147 tersebut. Jadi, fikirkan lah, boleh ke dapat sokongan 2/3 ahli dewan rakyat? Rasa-rasanya wakil-wakil rakyat akan sokong ke kalau skim pencen ini dihapuskan?
- Halang pencen diberi kepada isteri? Wooooo, rare keputusan ni. Pencen yang diberi kepada balu/duda kepada pesara yang meninggal dunia adalah di bawah peruntukan Seksyen 14 dan 15, Akta 227. So, kalau nak ‘halang’ la ceritanya, peruntukan seksyen ni pun kena ditiadakan la, sebab ini la punca kuasa kita berikan faedah terbitan kepada balu/duda. Jadi bila ada pindaan Akta, ceritanya macam biasa la, kena la bawak ke parlimen, bukan mudah macam cerita kat press conference je sahabat-sahabat oi. Lagi satu, sekali lagi peruntukan Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan melindungi kes in juga.
- Penerima pencen disekat kemudahan supaya berubah kepada KWSP – Kalau rujuk kenyataan ni, merujuk kepada pesara yang sedang menerima pencen la kan? Kenyataan ini paling tidak logik. Kerana yang pertama, apabila seseorang penjawat awam memilih skim pencen, penjawat awam tersebut dan majikan (Kerajaan) telah terhenti untuk mencarum ke KWSP. Jadi, datang dari mana pulak caruman KWSP penjawat awam tu untuk bertukar? Kedua, kalau kenyataan tu merujuk kepada penjawat awam dalam perkhidmatan, maka prinsip perkara ke 2 di atas terpakai semula. Tiada elemen paksaan dalam apa-apa dasar yang diperkenalkan.
Kesimpulan:
Kalau la ade desas desus lagi pasal pencen la, faedah persaraan la ape bagai, selagi sahabat-sahabat tak dengar isu ini dibahaskan dalam Parlimen, jawapannya memang tidak logik la ye sahabat-sahabat.
Rajin-rajin lah singgah page FB Bahagian Pasca Perkhidmatan ini untuk dapatkan kepastian.
Ini antara perkongsian yang boleh saya kongsikan untuk tatapan semua.
Jika ada pandangan lanjut, mari kita berkongsi sesama insan demi memastikan perkara yang betul dikongsi, bukan perkara yang tidak benar.
Wallahu ‘Alam