Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan melancarkan Tabung Dana Khas bersempena Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 bagi persediaan kemungkinan akan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja.
Demikian kata MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR Bendahari, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan media.
“Untuk berhadapan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dan BN Perak amnya kita memerlukan persediaan rapi daripada semua aspek keperluan. Ini termasuk semangat petugas Ahli Pemuda PAS, faktor kewangan, kemahiran bekerja secara tersusun dan sebagainya. HEMPAP ini sebagai pencetus persediaan tersebut dan kami akan memastikan seluruh kekuatan akan dimaksimakan bagi mencapai kemenangan pada PRU 13 kelak.
“Kami berharap bagi rakyat Negeri Perak atau pengundi Perak yang berada di luar daripada Perak yang ingin bersama himpunan ini amat dialu-alukan, malah yang ingin turut juga menyumbang bagi tujuan tabung dana khas ini juga amat dialu-alukan,” katanya.
Pemuda PAS Perak telah membuka tabung dana khas tersebut atas nama ‘Perak Care’ 5580 1500 1720 (Maybank) bagi yang ingin memberikan sumbangan mereka.