Via WhatsApp
Dalam ertikata mudah, Kerajaan BN ketika dulu no fulus, tiada wang, no money, kantung Perbendaharaan hampir kering semasa Kerajaan PH ambilalih pada Mei 2018.
GST REFUND – Patutlah RM19 Bilion yang tidak dikembalikan oleh Kerajaan BN Najib kepada syarikat² dan perniagaan², telah diseleweng secara salah ke akaun lain bagi menampung kos operasi Kerajaan Penyamun ketika itu.
Akibatnya, pihak Kastam terpaksa melakukan tindakan yang boleh dianggap tidak beretika dengan melambat²kan proses pembayaran balik wang GST REFUND tersebut.
Semata² kerana RM19 Bilion telah tiada dalam akaun untuk tujuan pengembalian.
Berdasarkan kepada pengalaman salah satu perniagaan saya sendiri :-
- Tahun 2015 – Refund diperolehi dengan cepat dalam tempoh kurang dari 1 bulan bagi setiap tempoh GST 3-bulan berkala.
- Tahun 2016 – Refund diperolehi mengikut jadual.
- Awal Tahun 2017 – Refund diperolehi setelah dokumen input output dikemukakan sebagai bahan bukti. (Sales receipts dan Invoices).
- Pertengahan Tahun 2017 – Kastam mula meminta dokumen² tambahan termasuk akaun² perniagaan. Tiada refund.
- Penghujung Tahun 2017 – Kastam terus meminta dokumen² tambahan yang dirasai tidak relevan dengan tuntutan input output sepertimana pengemukaan awalnya. Tiada refund.
- Awal 2018 – Tidak lagi berminat untuk follow-up permohonan refund kerana sudah menjangkakan ia akan ditolak.
- Pertengahan 2018 – Bebas dari gejala GST, terima kasih Kerajaan PH !!!!
- Pertengahan 2019 – PAC sahkan penyalahgunaan wang GST oleh Najib.
Kesimpulannnya, yang menyeleweng ialah Najib, yang salah ialah Kastam !!!