Biar pun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) amat berlapik tetapi rakyat tetap melihat laporan itu dengan satu tanggapan, iaitu kerajaan terdahulu telah menyalahgunakan wang.
Seorang peniaga di Kuala Lumpur yang mahu dikenali dengan nama Prakash berkata, wang GST apabila dipindahkan secara melanggar peraturan, bererti ianya digunakan untuk tujuan yang tidak sah.
“Kalau wang dari kutipan GST (GST Input Tax) itu patut dikembalikan kepada syarikat-syarikat dan individu-individu, telah dipindahkan dari Akaun Pemulangan GST kepada lain akaun dan digunakan untuk tujuan lain, ia boleh dikira sebagai ‘dicuri’.
“Inilah pendapat saya sebab pemindahan wang tidak boleh dilakukan dengan seweng-wenangnya,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Beliau yang telah menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun memberitahu, Menteri Kewangan Li Guan Eng tidak seharusnya dipersalahkan menggunakan istilah ‘wang GST dirompak’ kerana wang tersebut sememangnya tiada dalam akaun refund kepada pembayar cukai.
“Saya sokong Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam penggunaan perkataan ‘dicuri’. Memanglah perbuatan itu adalah salah disisi etika dan ia melanggar undang-undang serta melanggar amalan pengurusan wang dan perakaunan.
“Ini menunjukkan pentadbiran mantan Perdana Menteri Najib Razak telah melakukan perkara yang salah.
“Salah tetap salah. Pemimpin-pemimpin BN patut terima hakikat itu,” tambah Prakash yang menyokong sepenuhnya Kerajaan PH yang sedang membaikpulih banyak kesilapan kerajaan BN yang lalu.