Pas melalui presidennya Hj Hadi Awang menyatakan pendirian tidak ada selera dengan PH untuk bekerjasama atau masuk sebagai parti komponen.
Sebelum ini ribuan kali Pas menafikan yang Pas berminat atau berselera dengan Umno. Namun realitinya, pada ketika ini sangat nyata Pas sangat teruja dan beselera untuk bekerjasama dengan Umno. Terlebih lagi selepas Muktamar Pas ke 65 yang meluluskan usul taawun siyasi bersama Umno.
Adakah tidak berselera Pas dengan PH itu bersifat sementara juga sebelum ijtihad baharu bersandarkan suasana baharu muncul?
Penyangak lama atau baru?
Taawun Pas dan Umno menyebabkan penyokong parti itu keliru. Dahulu Pas kata Umno penyangak merompak wang rakyat. Hari ini Umno adalah rakan kerjasama walaupun pemimpinnya masih sama. Walhasil penyokong Pas mula keliru, yang mana satu penyangak lama dan penyangak baru?
Nak kata bukan penyangak pun tidak boleh sebab Najib, Zahid dan Ku Nan sedang dibicarakan di mahkamah dengan pelbagai tuduhan.
Haram undi Pas?
Suatu ketika dahulu, seorang Exco kerajaan Pas Kelantan pernah berkata jika Pas berbaik dengan Umno maka masa itu haram undi Pas.
YB Kubang Kerian juga didakwa pernah berpendirian sama, iaitu Pas tidak akan sesekali bersama Umno
Namun hari ini keadaan terbalik. Masalahnya penyokong masih ingat pendirian YB-YB tersebut biar pun Pas kata telah dimansuhkan berdasarkan faktor semasa.