Antara benda yang paling kelakar ialah dengar rumours yang Azmin hendak keluar PKR dan membawa sekali 10 orang MP Kartel bersama-sama.
Biasanya orang yang berani keluar parti pada masa ada kuasa adalah seorang yang berani dan berprinsip.
Tak ramai yang berani macam ini hanya Saifuddin, Mat Sabu + Jebon dan Zaid Ibrahim dan Shahir Samad.
Masalahnya Azmin tidak ada kedua-duanya. Suruh saman penuduh pun dia tak berani, masakan pula dia berani nak keluar parti.
The only leverage yang selamatkan dia dari siasatan polis adalah sebab kerusi menteri kabinet.
Tanpa kerusi empuk tersebut, dia sendiri silap-silap sudah ke dalam.
Biasanya modus operandi Azmin, kalau dia nak sesuatu, dia akan suruh macais dia bersuara dan hanya akan mengambil laba jika situasi berpihak pada dia.
Contoh bila time PH lantik Tun M jadi calon PM, Zuraidah la orang yang paling lantang tolak Tun M dengan alasan Tun dah tua dan tanpa segan silu cadang nama Azmin jadi PM walaupun hanya bertaraf Timbalam Presiden PKR.
Kalau Azmin berani, dia sudah lama tendang lebai dalam kerajaan selangor, tapi sampai saat terakhir pun dia masih la menternak lebai yang akhirnya memakan diri sendiri.
Kalau dia berani, dia hanya bertanding satu kerusi dun atau parlimen, tapi dia sendiri tak yakin yang PH boleh memerintah Federal dan dia bertanding dua-dua kerusi.
He is not a risk taker macam Rafizi.
Yang buat cerita Azmin nak keluar PKR ni geng-geng kartel juga, konon2 nak test water; divert isu video.
Siap nak tuduh DSAI nak halang Azmin jadi TPM tapi tak berani sebut nama.
Yang menteri besar Boneka pun sama Amiruddin sindir tak sebut nama; next time be a man terus sebut nama senang sikit rakyat nak tolak PRU depan.
Jadi Exco sukan pun gagal, jadi menteri besar krisis air makin teruk.
Kalau tak membodek mesti isu air tak jadi kritikal macam ini.
Bagi saya, silakan keluar, nak tengok dia boleh survive atau tidak.
Ingat kalau Azmin dan kartelnya keluar, PH masih lagi jadi kerajaan sebab ada 128 seat lagi.
Yang rugi adalah geng-geng kartel.
Mereka hidup dengan tabur duit dan kuasa. Kalau mereka keluar dari PKR dan PH, jadi bebas, atau join gerakan kerusi menteri kabinet yang mereka sandang itu akan turut terbang.
Gerakkan memang la alu-alukan, satu kerusi pun tak menang.
Macam orang yang kena potong lidah, kalau di sambung dengan lidah biawak pun dia tak kisah, janji dapat bersuara.
Lagi satu ingat senang-senang ke nak tolak 20K elaun menteri sebulan?
Kalau la hypothetically mereka keluar PKR dan masuk Bersatu (assuming PPBM boleh terima mereka dan hanya kartel yang bumiputra sahaja yang boleh join) adakah mereka rasa mereka masih boleh kekal jadi menteri kabinet?
Kerusi assigment untuk menteri kabinet dibahagi 4 mengikut quota parti.
Kalau 4 menteri penuh dari PKR ( kartel ) keluar, tentulah menteri baharu akan di ambil dari quota 40 orang MP PKR yang tinggal. Quota bersatu dalam kabinet pun dah fix, paling kuat boleh la lantik seorang MP kartel jadi menteri, habis yang lain tu sanggup ke jadi MP biasa?
Buat rumah tak pakai tiang sama macam cerita tak ada asas.
Cerita semua tak masuk akal janji boleh bodek boss.
Lagi satu kalau la Azmin masuk bersatu, apa jawatan dia kat dalam bersatu?
Tak tau la PPBM boleh lantik satu lagi naik presiden untuk Si Azmin.
Kalau pun boleh, macam mana level naib presiden nak lawan Timbalan ( Mukhriz ) dan Presiden (TSMY) nak jadi Timbalan perdana menteri?
Sedang TSMY sendiri dah bersetuju DSAI jadi PM ker 8 dan most likely TMSY akan jadi TPM. Kalau DSAI jadi PM ke 8, ingat Azmin boleh selamat?
Tu yang geng-geng kartel boleh buat cerita dongeng yang kata Tun M nak lantik dia jadi TPM.
Habis tu DSWA nak letak kat mana (mmg DSWA dilantik atas kapasiti presiden PKR waktu itu, tapi presiden PKR sekarang ialah DSAI dan bukan Azmin).
Lepas tu dia ingat majlis presiden PH setuju ke dia nak jadi PM?
Tolong tengok cermin dulu lah yer, jenis kaduk naik junjung macam ini lah.
Masa terbaik Azmin telah berlalu.
Patut dia lawan DSAI waktu pemilihan PKR tempoh hari, tapi seperti biasa dia hanya berani menangguk air yang keruh.
Macam mana yang saya tulis dahulu, ini adalah final nail to Azmin coffin.
Apa yang tinggal hanyalah his exit plan; whether he want to be burried with fine coffin or playwood coffin.
Sama-sama kita nantikan episod finale untuk orang yang tamak.
“Greed is a fat demon with a small mouth and whatever you feed it is never enough”
- Mohd Sharif Mohd Mukhlis –