Saya baru tengok separuh video wacana adakah politik termasuk bab akidah, di mana panelisnya terdiri dari Fauwaz Fadzil Noor, Dr Muhammad Atiullah Othman, dan Dr Rozaimi Ramle.
Dari segi ilmunya, Dr Atiullah boleh dikatakan setaraf dengan Dr Rozaimi… Kedua-duanya pensyarah UPSI, bahkan kedua-duanya buat PHD sama-sama… Jadi boleh dibuat kesimpulan dua-dua sama alim, tetapi yang bedanya apa….?
Kedua-duanya berbeza dari segi fikrah, iaitu bagaimana kedua-duanya memahami agama dengan cara yang berbeza…. Fikrah itu yang mempengaruhi cara kedua-duanya mempersembahan hujah masing-masing.
Dr Atiullah sokong PAS, Dr Rozaimi tak sokong PAS… Itu pun fikrah…. Seperti orang PAS yang lain, begitulah juga cara Dr Atiullah… Walaupun dia tiada apa-apa jawatan dalam PAS, tetapi fikrahnya sama macam pemimpin PAS yang berjawatan dan sama saja dengan wala’un-wala’un di peringkat bawah.
Pada saya, sebenarnya Dr Atiullah banyak merapu…. Dia berhukum secara general… Dia kata semua perkara termasuk dalam akidah… Sampai dia kata nak masuk tandas pun ada nas, jadi bila ada nas itu menunjukkan bab masuk tandas itu akidah, dan seseorang boleh jadi kafir kalau masuk tandas tak ikut nas.
Eh, kalau begitulah keterangannya, seseorang tak perlu buat PHD pun… Wala’un yang tak ada diploma pun kata macam tu jugak…. Dan Dr Rozaimi telah jawab pun, bahawa tidak semestinya perkara yang ada nas maka ia termasuk bab akidah.
Bukankah dalam agama ada akidah, ada syariah, ada ibadah, ada muamalah, ada munakahah, ada sirah, ada siyasah…. Siayasah itulah politik…. Kalau politik itu akidah, maka semua perkara adalah urusan akidah, kenapa perlunya ada bab-bab syariah, muamalah, munakahat, siayasah bagai…? Kenapa tak masukkan semuanya itu dalam akidah…?
Kalau nak masuk tandas, memang ada nas akan cara-caranya…. langkah kaki kiri, ada doa yang dibaca, itu bukan akidah…. Sesiapa yang ikut nas cara nak masuk tandas, dia dapat pahala…. tapi kalau tak berdoa, atau terlupa pi masuk kaki kanan dulu, tidaklah menjadi kafir.
Dr Atiullah punya fahaman, kalau dikatakan politik bukan urusan akidah, maknanya orang itu menolak segala nas dari ayat Qur’an atau hadis Nabi SAW berkenaan politik…. Kalau dikatakan nak masuk tandas bukan urusan akidah, Dr Atiullah memahami kononnya orang itu telah menolak hadis… Bukan gitu…. Itu tipikal orang PAS kalau berbahas.
Lebih dari sepuluh kali Dr Atiullah mengulang-ulang ayat : “Dalam politik ada usul ada furuk…. Nas ialah usul…. Dalam politik ada usul ada furuk… Nas ialah usul…. Dalam politik ada usul ada furuk…. Nas ialah usul… “
Setakat yang saya tengok, tidak pernah sekali pun dia bacakan nasnya, melainkan hanya mengulang politik ada nas, politik ada nas, politik ada nas…..
Memanglah soal politik ada nas, tak ada siapapun yang pertikaikan nas itu…. Yang menjadi pesoalan ialah adakah politik itu termasuk bab akidah, bukannya mempertikaikan nas ada menyebut tentang kepimpinan.
Dan seperti juga ustaz-ustaz PAS yang lain, body language Dr Atiullah adalah seperti merendah-rendahkan Fauwaz dan Dr Rozaimi…. Dalam kelembutan suara dan bahasanya, ada nada-nada angkuh dan meninggi diri dari gaya Dr Atiullah bercakap, dan fikrahnya cenderung untuk mudah mengkafirkan orang…. Kalau dalam bab nak masuk tandas pun dia kata boleh jadi kafir, maka apatah lagi dalam politik.
Kalau saya jadi juri, saya bagi markah tiga per sepuluh saja kepada Dr Atiullah…. Hujahnya kosong, dia lari dari tajuk… Hujah dan dalil yang dibacakan sebenarnya tidak ada kaitan dengan tajuk…. Dan penerangannya kabur, tidak jelas, tidak difahami.
Saya tak hairan dia ada PHD, sebab dari dulu saya selalu kata, walau seseorang itu mengaji setinggi mana pun, tapi kalau berfikrah PAS, dia jadi tak cerdik macam wala’un tak habis sekolah jugak.