Via WhatsApp
Ohhh Hadi yg ku kenali era awal 80-an, suara mu cukup lantang sehingga UMNO waktu itu jika dengar suara kamu mereka akan rasa kecut perut dan nak terkencing.
Atas pentas ceramah mu, apa yang kau tak kata pada UMNO ketika itu? ‘Toghut’, ‘assabiyyah’, ‘sekular’, kami sebagai penyokong bertakbir sekuat hati ‘Allahu akbar..!!!’. Merata ceruk kamu berceramah di seluruh negara itulah ayat kamu. Kamu mengajak penyokong dan pendokong terus istiqomah membenamkan UMNO.
Kerana wujudnya pakatan pembangkang ketika itu bersama S46 (APU) maka PAS dapat laba mengambil Kelantan yg mana ketika itu UMNO tinggal batu nisan. Dari kelangsungan itu maka PAS kekal hingga sekarang melalui BA dan PR.
Tapi malang, setelah selepas PRU-12 nada kamu sudah menampakkan keganjilan, macam2 kedengaran suara2 sumbang mula menerobos telinga kami. Tapi kami masih menaruh keyakinan PAS tetap istiqomah dlm PR. Sebab keyakinan itu berpandukan kenyataan yg jelas dari ATGNA sendiri. Ada yg kata, jika TGNA dah tiada PAS akan berpecah.
Kebenaran tu terbukti bila berlaku Muktamar PAS yg diadakan di Kuala Selangor 2016. Secara tak langsung berkuburlah PR. Bermula dari situlah menampakkan wajah sebenar Hadi bukan Hadi yg ku kenal di awal 80-an.
Di mana kehebatannya berpidato menjadi terus layu dan tersembam di tapak kaki UMNO. Apa beza UMNO dulu dan UMNO sekarang? Yg saya faham UMNO sekarang bukan UMNO yg diwujudkan tahun 1946. UMNO sekarang itulah UMNO Mahathir. Soalnya siapa yg meletakkan diri dlm kehinaan?