Via WhatsApp
Pada pengamatan Saya yang tak Reti Politik : kenapa Pas prefer TM dari DSAI.
Untuk memahami apa yang sedang berlaku, ada kalanya kita perlu menjenguk ke belakang – masa lalu.
Ketika DSAI dalam UMNO dan anggota kabinet dahulu, beliau kerap berceramah guna istilah ruji bagi Islamic workers . Dia membawa cadangan ” islamization” dalam beberapa bidang. Apa lagi tetamu beliau dari oversea pula – ada yg merupakan nama-nama besar dalam International Islamic Works, bahkan tokoh-tokoh besar Ikhwan al- Muslimin dan Jamiat-i- Islami masih berhubung mesra dengan DSAI. Beliau tidak terpinggir dalam jaringan Islam antarabangsa.
Hinggakan beberapa project besar di zaman Mahathir sebagai PM ke 4, seperti penubuhan UIA, Perbankan Islam, Tabung Ikhtiar Amanah, Falsafah pendidikan Negara dan selainnya dilihat sebagai input dari penyertaan DSAI dlm kerajaan. Tidak segan-segan beberapa aktivis Islam yg menyertai UMNO, atas alasan untuk mengambil peluang terbuka untuk menerapkan nilai-niai Islam dalam kerajaan.
Semua ini menyusahkan Pas, Pas perlu menonjolkan sebagai parti yang punya agenda Islami yg lebih kukuh daripada apa yg diwar-warkan oleh DSAI. Pas memperketatkan huraian ” aqidah” – dijelaskan soal politik adalah soal aqidah. Mat Sabu , penceramah hebat Pas pula mempopularkan penolakan ” Islam Amerika”. Begitu pun DSAI merupakan masaalah bagi kejelasan Islamnya Pas dan jahiliyyah – taghutnya UMNO. Tanpa DSAI ,lebih senang Pas menjauhkan image Umno dari Islam.
Di zaman itu, bukannya kebaikan kepada ummah dan negara daripada project DSAI yg diperhitung, tetapi DSAI perlu dicemuh kerana mengelabukan jurang beza antara jemaah Islam dari sistem jahiliyyah. Sedangkan ummah perlu memperjuangkan Islam sebagai Ad-din yg menitik-beratkan politik dan sistem bernegara.
Hal ini berterusan sehingga DSAI ditendang keluar dari UMNO. Pas pun memberi kerjasama sama sepenuhnya kepada DSAI dan perjuangannya selepas itu. Hasilnya Pas diterima secara terbuka di kawasan bandar, disertai secara beramai-ramai oleh golongan professional, Pas menjadi parti nasional yg kukuh. Bahkan jualan Harakah pun melonjak naik seumpama yg tiada pernah sebelum ini. Sehingga bolehlah juga disebut Pas menyokong DSAI ketika itu untuk kepentingan Pas sendiri.
Pada hari ini, sekiranya DSAI sekali lagi berada atas dalam hierarchy pimpinan negara, mungkin beliau sekali lagi berceramah dengan menyelit perkataan-perkataan Islami, sekali lagi membawa project yg menarik perhatian ummah, sekali lagi dihubungi malah dipuji oleh tokoh-tokoh Islam antarabangsa. Seumpamanya DSAI ini berniaga menggunakan modal yang Pas dah lama impi-impikan, tetapi tidak tercapai.
Demi kejelasan perjuangan politik Islami Pas, DSAI wajib dihalang dengan apa cara sekalipun, hatta perlu menghantar momorendum kepada TM agar terus kekal menjadi PM. Bukanlah kerana TM lebih effective , bukan kerana menghormati keupayaan TM, tetapi demi kejelasan wadah politik Islam yang merupakan kepala modal bagi perjuangan politik Pas.
Pas bernasib baik kerana dapat menyerang DSAI atas sebab Islam yg diwacanakan oleh DSAI adalah Islam liberal, pluralist , yang mengalah pada Dap dan dipengaruhi oleh kuasa- kuasa besar di barat. Walaupun idealisma penolakan itu sendiri adalah suatu yg berada di daerah kelabu, tetapi perkara kelabu itu wajib dihitamkan.
“Takkan terus-menerus kita berdalih yang anggur itu masam – sedangkan ianya dimakan secara beriya-iya oleh oleh orang lain. Sampai bila kita terpaksa kempunan menahan keinginan – semakin tertahan, bimbang semakin gelojoh jadinya kita……”