Via WhatsApp
Jika PAS berfikir dgn bertaawun dgn UMNO bakal menumbangkan PH, meh aku bagi sifir politik mudah paham;
Pengundi Melayu 54%, Cina 28%, India 7%, etnik Sabah Sarawak 9% lain-lain 2%.
Undi Cina & India solid dgn PH. Ini sudah menyumbang lebih kurang 35%.
Etnik Sabah Sarawak tidak akan mengundi PAS. Mereka juga tidak akan mengundi UMNO kerana parti Semenanjung. Jadi, boleh dikatakan PAS-UMNO gagal sepenuhnya di sana. Tinggallah Melayu yg 54%.
Melayu 54% ini kita kira mudah iaitu bahagi dua iaitu 27% undi PAS-UMNO, 27% undi PH. Perlu diingat, PH sudah ada 35% undi Cina & India. 27% + 35%, PH terus menang.
Katalah cuma 30% Melayu akan undi PH, ia bersamaan dgn 16% daripada 54%. Jadi, 16%+ 35% = 51% dan PH masih memerintah sebab PAS-UMNO tidak mendapat sokongan cina.
Itu belum campur sokongan etnik Sabah Sarawak lagi yg memang anti PAS.
Ini analisa sifir ringkas ana berkenaan taawun PAS-UMNO yg mensasarkan kerajaan Melayu sahaja di Malaysia & pola pengundian berdasarkan kaum.
Nak memerintah Malaysia, kena dapat sokongan semua kaum. Tak dapat kalu, bencilah DAP 90juta kali pun, PAS-UMNO akan kekal membangkang.