Timbalan Perdana menteri tan Sri muyhiddin yassin seolah-olah bebal untuk faham apakah erti demokrasi. selepas berucap di Kelantan membayangkan jika PAS menyertai BN maka peruntukan akan lebih mudah diberi oleh kerajaan persekutuan.
Semalam, Muhyidin mengulangi lagi kedunguannya meminta rakyat kedah jangan lagi mengulangi kesilapan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut kononnya memilih calon BN pada pilihan raya akan datang mereka akan melihat lebih banyak pembangunan berlaku.
Exco Kedah Ust.Mohd.Firdaus Jaafar berkata rakyat kedah lebih maklum mengenai ketelusan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) selama 3 tahun berbanding BN yang banyak menambah hutang Kerajaan Negeri tanpa memberi pembangunan mapan kepada rakyat
“Rakyat boleh menilai sendiri tahap IQ yang ada pada ‘batang tubuh’ seorang yang bergelar TPM sedangkan seseorang yang berstatus sebegini sepatutnya dengan pengalaman dalam berpolitik serta memegang jawatan yang tinggi di dalam kerajaan tidak seharusnya memperbodohkan rakyat dengan mengeluarkan kenyatan sebegitu.
“Rakyat tidak ‘buta’ fakta. Rakyat kini tidak lagi bergantung kepada sumber yang terhad. Dengan lambakan sumber maklumat daripada portal-portal berita serta blog-blog di internet menyebabkan rakyat kini sudah ‘celik’ maklumat tanpa boleh dibohongi lagi.
“Kerajaan Kedah di bawah PR telah berjaya meningkatkan hasil balak berbanding hasil yang dikutip oleh Barisan Nasional BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini. Ketika 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia kemudiannya meningkat kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu dan pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta yang mana peningkatan hampir 205 peratus sedangkan semasa BN memerintah, hasilnya hanyalah tidak lebih 8 juta setahun. Banyak lagi ‘nikmat’ yang diperolehi oleh rakyat Kedah yang tidak dapat dinikmati semasa pemerintahan BN dulu,” katanya.
Firdaus menempelak Muhyiddin yang boleh mengeluarkan kenyataan yang sebodoh dan dangkal itu. Baginya, Muhyiddin sanggup menjatuhkan maruah beliau dihadapan rakyat dengan berbohong secara terang-terangan.
“Mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menjaga hal agama yang turut ada bersama-sama di dalam lawatan itu tidak menasihati beliau? Bukankah berbohong itu besar dosanya? Jelaslah disini bahawa UMNO/BN sampai bila pun akan memperbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit dengan menolak BN bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara bagi menghentikan segala pembohongan mereka,” tegasnya.