Beberapa pemimpin tempatan tegas menyuarakan pandangan agar pendakwah kontrovesi, Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia.
Mereka mendapati Zakir tidak faham budaya rakyat berbilang kaum lewat perkataan ‘tetamu baru’ yang merujuk dirinya dan mahu tetamu lama merujuk kepada Cina dan India meninggalkan Malaysia. Dalam budaya majmuk Malaysia Cina dan India yang telah menjadi warganegara tidak lagi dianggap tetamu dan diiktiraf sama rata.
Oleh itu bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, warga India itu yang diberi status penduduk tetap di Malaysia itu hari ini bukan lagi aset tetapi telah menjadi batu api.
“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum Hindu pula dikacaunya dengan komen-komen memperkecilkan mereka.
“Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India,” kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu dalam satu hantaran di Twitter.
Dr Zakir dalam ucapannya di Kelantan 9 Ogos lalu dilaporkan berkata, penganut Hindu di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India, Naderan Modi daripada Dr Mahathir.
Bagaimanapun semalam, penceramah kontroversi itu mendakwa ucapannya berhubung penganut Hindu di negara ini telah dilapor di luar konteks.
Sebagai rekod, India dilapor memohon mohon ekstradisi Zakir Naik atas pertuduhan kes pengubahan wang haram mahkamah di Mumbai. Pada Jun, Zakir Naik Zakir Naik menegaskan bahawa dia sedia kembali ke India jika terdapat jaminan tidak ditangkap atau dipenjarakan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, tidak beliau enggan menghantar pulang Dr Zakir ke negaranya kerana bimbang pendakwah itu mungkin akan dibunuh.
“Keputusan Perdana Menteri, telah mewujudkan isu diplomatik antara Malaysia dan India.
“Kerana dia, hubungan Malaysia-India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” Tambah Rais.
Sementara itu, dalam ucapan pada program serupa, Zakir Naik turut memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia.
Ia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.
“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang,” kata Zakir seperti dilapor sebuah portal.
Susulan kenyataan itu, Menteri Belia dan Sukan tampil dengan kenyataan tegas bahawa penceramah kontrovesi itu wajar diusir.
Jelasnya, kenyataan yang bersifat serangan kepada kaum Cina dan India itu sebenarnya merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia.
“Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah…” katanya dipetik. – RF8 Media