Via WhatsApp
Tersentak Mak Limah bila dia ke kedai untuk membeli bekas plastik untuk menjual nasi lemaknya. Penjual plastik itu enggan menjual bekas plastik kepada Mak Limah sambil berkata, “Lu mau boikot kami, sekarang saya tarak jual sama lu”.
Penjual makanan Melayu di pasar malam juga terjejas kerana terputus bekalan plastik dan getah pengikat. Penjual sayur dan ikan pun menghadapi masalah kerana semua alat timbang adalah ‘Made In China’ dan dijual oleh peniaga Cina. Kini mereka tidak boleh beli alat timbang baru.
Pak Maidin pula mengeluh kerana kilang mee halal miliknya tidak dapat meneruskan pengeluaran kerana pembekal tepungnya pun enggan membekal tepung kepadanya atas alasan yang sama.
Tiba-tiba kedai mini market Melayu kehabisan minyak masak. Pembekal minyak mengatakan bekalan botol plastik mereka terputus. Pembekal botol mereka bukan Melayu dan kini enggan memberi bekalan.
Ada kilang minyak masak milik Melayu terpaksa menghentikan pengeluaran kerana mesin memproses minyak semuanya dibekal oleh bangsa lain. Kini mereka tidak lagi mahu menyelenggara mesin yang rosak.
Pengeluar ubat gigi Melayu pun terjejas pengeluarannya. Tiub yang mereka gunakan untuk mengisi ubat gigi mereka dibekalkan oleh syarikat bukan Melayu. Kini pembekal-pembekal tiub memboikot perniagaan-perniagaan Melayu.
Pasaraya-pasaraya dan hypermarket milik bukan Melayu turut memboikot barangan keluaran Melayu. Ramai peniaga Melayu mengalami penguncupan jualan antara 40-60%.
Hanya penjual kismis dan air botol yang dijampi masih laris kerana kedua-duanya dijual oleh ostard-ostard ketika mereka berceramah.
Program-program food bank yang sebelum ini memberi lebihan makanan dari pasaraya dan hypermarket kepada keluarga-keluarga miskin yang ramainya orang Melayu terpaksa dihentikan. Ini kerana pemilik-pemilik pasaraya dan hypermarket tidak lagi mahu memberi makanan kepada golongan yang berkempen memboikot mereka.
Kontraktor pembinaan Melayu juga terjejas. Pengeluar simen pun memboikot kontraktor Melayu. Mana ada syarikat pengeluar simen milik Melayu? Nak beli paku pun susah. Mana ada syarikat Melayu yang mengeluarkan paku?
Operator bas sekolah Melayu mula menghadapi masalah. Mereka tidak dapat menampal tayar yang pancit kerana kebanyakan kedai tayar milik bukan Melayu. Maka ramailah anak-anak Melayu tidak ke sekolah. Kini semakin ramai anak Melayu menghabiskan masa dengan merempit.
Akhbar Harakah pula terpaksa menghentikan penerbitan. Syarikat percetakan milik Cina yang mencetak Harakah enggan mencetak akhbar itu. Syarikat percetakan Melayu pula tidak mahu mencetak Harakah kerana reputasi Harakah tidak membayar hutang kepada syarikat-syarikat percetakan Melayu yang digunakan sebelum ini.
Selepas 6 bulan ahli jemaah di surau dan masjid mula gelisah. Mereka tidak dapat menggantikan selipar dan terompah di tandas dan tempat berwuduk. Ini kerana pengeluar selipar dan terompah enggan menjual kepada orang Melayu. Pengguna tandas di surau dan masjid terpaksa berkaki ayam. Ada yang mula was-was dengan kesucian surau dan masjid.
Lebai-lebai mula mengatur program solat hajat perdana untuk memulihkan keadaan. Pengumuman mengenai program diumumkan melalui WhatsApp dan FB. Kedua-dua aplikasi ini dicipta oleh syarikat milik orang Yahudi laknatullah.
Ramailah yang pergi ke program solat hajat perdana itu. Ramai juga yang pergi dengan berpakaian jubah ‘Made In China’. Microphone yang digunakan pula ‘Made In Taiwan’.
Tok imam mengamuk bila mengetahui hal ini. Sambil menghembuskan asap rokoknya (tiada sijil halal Jakim) tok imam mengeluarkan fatwa solat hajat tidak sah jika menggunakan microphone buatan Taiwan dan ahli jemaah memakai jubah buatan China. Maka program solat hajat perdana terpaksa dibatalkan kerana disabotaj oleh China dan Taiwan.
Tok imam kemudian memaklumkan kepada isterinya melalui telefon Vivo buatan China itu bahawa dia akan pulang awal ke rumah. Dia pun pulang ke rumah menggunakan kereta Proton yang kini dimiliki oleh syarikat Geely dari China.