RABAT: Sebuah parti Islam iaitu Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) telah memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum Parlimen Maghribi dan akan dipilih untuk mengetuai kerajaan baru di negara Afrika Utara.
Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) telah memenangi sebanyak 107 buah kerusi daripada 395 buah kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya umum Parlimen Maghribi. Hari mengundi telah dilaksanakan selama 2 hari. Kemenangan Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) pada pilihanraya Maghribi kali ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan pihak lawan. Raja negara Maghribi akan memilih pemimpin dari Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) sebagai pimpinan baru kerajaan Maghribi. Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) dijangka akan menubuh kerajaan campuran.