Tindakan penyokong pembangkang Umno dan Pas memboikot barangan keluaran bukan Islam di Malaysia akan mencetuskan tidak balas negatif dalam kalangan pelabur asing.
Penganalisis ekonomi Jameson Tan berkata, pelabur asing yang majoritinya bukan Islam akan beranggapan produk mereka tidak akan dibeli oleh warga Malaysia yang beragama Islam.
“Kalau orang Islam di Malaysia meneruskan boikot maka pelabur asing dari negara Barat dan China akan meninggalkan negara ini dan melaburkan modal mereka di negara-negara lain di rantau ASEAN.
“Apabila ini berlaku, maka lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya graduan-graduan dari universiti akan menganggur,” ujar Jameson yang juga seorang pelabur asing dan memiliki kilang di kawasan perindustrian Sungai Buloh, Selangor.
Sehubungan itu, Jameson menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak tegas terhadap pihak yang membuat kenyataan yang berbaur sentimen perkauman dan boikot kerana tindakan itu pada jangka panjang pasti memusnahkan ekonomi.
“Sekarang pun, ramai pelabur asing dari negara Barat sudah tidak berapa gemar melabur di Malaysia. Mereka lebih suka melabur di Indonesia, Thailand, Filipina ataupun Vietnam. Pelaburan dari Amerika Syarikat telah meningkat di Vietnam. India pun sedang menarik banyak pelaburan asing.
“Oleh itu, kalau puak rasis di Malaysia terus memainkan sentimen agama dan perkauman maka tidak lama lagi, matawang Malaysia akan mengalami penurunan yang drastik selain kejatuhan Bursa Saham Kuala Lumpur.
“Pelabur asing akan ‘sell out’ (menarik modal keluar) dengan cepat dan kilang-kilang mereka di Malaysia akan ditutup dalam masa setahun dua jika keadaan yang tidak sihat ini berterusan sebab kenyataan ‘boikot’ itu
“Justeru, Kerajaan PH wajar bertindak segera sebelum usaha untuk mensabotaj ekonomi Malaysia dijayakan oleh puak-puak yang hanya mahu lihat Kerajaan PH tumbang dengan secepat mungkin,” kata Jameson lagi. – RF8 Media