Sedar tak sedar dah dua penggal BN-Umno ambilalih Terengganu daripada PAS. Dengan inisiatif dan hasil kepimpinan bekas pesuruhjaya PAS Terengganu Harun Taib dan kini mengambilalihnya semula maka beberapa perubahan dan pendekatan baru dilakukan untuk menyakinkan rakyat Terengganu mengapa mereka mesti kembali memberikan mandat semula kepada PAS menerjui kerajaan negeri.
tidak mustahil kali ini tsunami politik akan menerjah semula selepas 2008 yang menyaksikan negeri-negeri di sebelah pantai barat membuat kejutan yang amat mengecewakan BNUmno.
maka PAS diingatkan supaya sentiasa bermuhasabah diri apabila Tuhan tidak mengizinkan PAS menyambung hayat pemerintahanya pada 2004 dan 2008 sebaliknya PAS akan dikembalikan kuasanya oleh Tuhan setelah banyak kerosakkan dibuat oleh panggantinya iaitu Umno di Terengganu.
Umum amat yakin dan percaya Harun Taib dan safnya di Terengganu mampu melakukan kejutan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar bahawa PAS akan meneruskan agenda perubahan yang tidak sempat mereka laksanakan di sana pada era 1999-2004 dan kini peluang untuk menilai DUA kerajaan PAS dan UMno manakah yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat dan memakan hasil titik peluh rakyat.
Kepada pengundi di Terengganu bersiap siagalah untuk turun membuang undi bila Najib umumkan tarikh mengundi nanti MAc 2011 ke JUn 2011 ke atau 2013, waullahuaklam.
Perjumpaan bloger pro Pakatan Rakyat dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz
Insya ALLah pada malam 15 Januari ini akan berlangsungnya satu majlis kendalian Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dan bloger utama bersama Al Mursyidul Am PAS dengan disertai oleh Exco-exco Kelantan dan juga penulis internet di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Perjumpaan ini akan membawa maksud adanya semangat setiakawan dan persahabatan antara satu sama lain samada pemimpin dan juga pejuang-pejuang siber dan juga akan sama-sama ingat mengingati kepada kita semua bahawa perjuangan menegakkan kebenaran adalah tanggungjawab bersama demi mencari redha Illahi.
Suaradailypakatan.com
Kepada seluruh rakyat Malaysia samada dalam negara atau luarnegara dan juga kepada semua yang boleh membaca dalam bahasa Malaysia diwar-warkan kewujudan sebuah portal berita semasa dan harian hasil kesinambungan web erapakatan.com dan oleh dengan kerjasama bloger berpengalaman dan juga penulis yang berpengalaman untuk meneruskan misi dan visi memperkasakan harapan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan kepada negara kita ini.