Berdasarkan undi diperoleh bagi ketiga-tiga parti utama bertanding dalam PRU-14, PH memperoleh keseluruhan 5,685,252 undi atau 50.1 peratus (%), berbanding Barisan Nasional (BN) 3,624,921 undi (32%) manakala PAS sebanyak 2,043,159 undi (18%).
Kira-kira 95% pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14, berbanding 85% yang menyokong gabungan Pakatan Rakyat yang kini telah terbubar dalam PRU-13.
Bagaimanapun, hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH, manakala kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) dan 30-33% menyokong PAS.
Terdapat peratusan tinggi dalam kalangan orang Melayu mengundi PH di Johor dan di negeri pantai barat seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sokongan Melayu kepada PH keseluruhannya menurun disebabkan prestasi lemah di Kelantan dan Terengganu.
Kira-kira 70-75% pengundi India menyokong PH, menurut angka itu lagi.
Rumusan mudah dapat disimpulkan adalah;
1. Yang banyak Melayu konon menyesal undi PH sebenarnya undi BN atau PAS. Jadi tak perlulah jerit-jerit kencing atau menyesal sebab kamu undi BN dan PAS. Minta PAS dan BN tunaikan janji tu.
2. Bila semak yang konon marah mengundi PH di Kelantan dan Terengganu sebenarnya hanyalah cytro UMNO dan PAS yang mengundi kedua-dua parti itu tapi menyamar mengaku ahli atau pengundi PH. Pengundi PH tak bising, kenapa kamu kalahkan kera kena belacan?
3. Pengundi bukan Melayu khususnya Cina menunjukkan sokongan kepada PH terus meningkat dalam PRU-14 tetapi dalam media sosial atau di luar terus menunjukkan sokongan kepada PH tanpa bising itu ini mengenai manifesto. Yang bising nama Cina atau India tu sebenarnya Melayu bacul guna nama Cina dan India. Propaganda lah katakan!
4. Pengundi di Terengganu dan Kelantan sila fokus kepada janji PAS sebab kamu pilih mereka menjadi kerajaan. Itukan pilihan kamu?
5. PRU-14 menunjukkan pengundi India juga telah meningkatkan sokongan kepada PH setelah begitu lama ditipu MIC dan PPP. Jadi salah satu cara menghakis sokongan kaum India kepada PH adalah dengan melaga-lagakan isu kaum antara Melayu dengan India disebabkan kaum Cina cukup memahami permainan UMNO dalam isu perkauman.