Surat terbuka Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) kepada Dr Mahathir, meluahkan kebimbangannya berhubung isu siapa bakal pengganti jawatan perdana menteri mendapat reaksi pelbagai dari natizen.
Walaupun ada segelintir bersetuju dengan kenyataan Dr Maza yang seolah-olah mengambarkan perasaan kurang bersetuju jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Anwar Ibrahim, namun tinjaun di laman Facebook Maza sendiri mendapati natizen memberi pandangan sebaliknya.
Selain tidak melihat ada pemimpin lain dapat menandingi ketokohan Anwar, mereka turut mempersoal Maza apakah hukum jika janji dipersetujui Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui konsensus sebelum ini dicurangi?
Selain itu, mereka turut menyuarakan rasa selesa untuk Presiden KEADILAN itu dilantik mengetuai pentadbiran negara sesuai dengan sikap peribadi dan kematangan politik Anwar sendiri.
“Jika calon yang soleh dan baik untuk umat Islam, memang kita sudah ada calonnya.
“Seorang pejuang rakyat sejak zaman mudanya, aktif dengan pertubuhan Islam sejak zaman muda, mewujudkan sekolah-sekolah tunas Islam seluruh negara, banyak berjasa kepada negara, antaranya mewujudkan perbankan Islam, mengalakkan wanita Islam bertudung.
“Dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa, mempunyai pengaruh dan hubungan baik dengan pemimpin negara-negara Kuasa Islam dunia, namun sering kali difitnah di negara sendiri,” tulis Yusuf Letterman.
Yusuf juga menegaskan bahawa Anwar seorang pemimpin yang konsisten dengan perjuangan rakyat, isu kesenjangan dan ekonomi rakyat sejak dari zaman mudanya, tidak henti-henti memperjuangankan dan menyuarakan isu rakyat miskin.
Anwar bakal jadi PM terbaik
Sementara itu, Zulfadly Ruslan pula berkata, buat masa ini tiada pemimpin lain lebih layak mengantikan Dr Mahathir selain Anwar.
Anwar jelasnya bakal muncul sebagai perdana menteri terbaik pernah dimiliki negara.
“Tiada yang paling layak melainkan Anwar, in shaa Allah setelah melalui pelbagai dugaan, cabaran dan ujian yang di hadapi oleh beliau dan keluarga beliau selama ini, akan di angkat darjatnya oleh Allah S.W.T sedikit masa sahaja lagi.
“Perdana Menteri terbaik yang akan pernah di miliki oleh negara. 20 tahun rakyat menanti dengan penuh sabar agar Anwar menduduki kerusi nombor 1 negara dengan di restui oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Almarhum Fadzil Noor, Almarhum Tuan Guru Harun Din dan ramai lagi ulama2 terkemuka negara,” jelasnya.
Sementara itu, Pelantikan Anwar sebagai perdana menteri juga dilihat dapat menstabilkan kembali sosio-politik negara. Selain mendapat sokongan besar pendokong HARAPAN, beberapa pemimpin pembangkang termasuk juga menyuarakan sokongan supaya Anwar dilantik mengetuai pentadbiran negara.
Mereka antaranya bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz serta Pandikar Amin Mulia dan Salleh Said Keruak yang memimpin Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (Usbo) di Malaysia Timur.
Dalam ruangan komen serupa, seorang natizen berkata, Anwar turut dijangka bakal membawa pendekatan Islam lebih dihormati sekiranya memimpin negara, Jelasnya ia dapat dilihat dari latar belakang Anwar dan kemampuannya mentadbir keluarga beliau.
“Tengok Anwar didik Isteri dan anak-anak pun dah tahu beliau calon paling sesuai untk jadi perdana menteri berikutnya.
“Punya kesabaran yang tinggi dalam politik demi rakyat sejak era mahsiswa lagi, pernah jadi pemimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) Pernah jadi dambaan PAS sebagai pemimpin gerakan Islam,” kata Alwi Syafi’i.
Siapa lebih layak?
Terdahulu, Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar mempersoalkan tujuan sebenar Dr Maza menulis surat terbuka itu yang menurutnya sebagai tindakan menjaja pandangannya tentang Anwar.
Sambil mempersoalkan mengapa Maza tidak menulis surat itu secara peribadi kepada Dr Mahathir, Sayuti turut mempersoalkan siapakah pemimpin politik lebih sesuai dilantik menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri selain Anwar.
“Setelah beliau meragui Anwar? Beliau perlu menzahirkan nama yang ditilik dalam kolam makrifahnya. Siapa?
“Sebut nama itu dan kita sama-sama kaji dan fikir apakah pengganti Mahathir nanti akan dapat menyelamatkan kita semua di dunia dan akhirat atau tidak.
“Menyanyi dengan irama yang asyik tetapi tidak ada seni kata menjadikan kita kehilangan separuh daripada khasiat dan nikmatnya,” tulis Sayuti. – RF8 Media