Ipohmali
Zaman Tok Guru Nik Aziz, Dia tegas mahukan Royalti.. Sebab dia anggap itu hak Kelantan.. Tidak ada tawar menawar, Sebab itu Tok Guru, Husam sebagai Exco hal ehwal Ekonomi bawa kes Royalti sehingga ke Mahkamah Persekutuan,
Ini baru betul pertahankan Hak, Tok Guru Tolak Wang Ehsan, tetap mahu Royalti..Ini baru berprinsip..Bukan Mcm Lebai Ahmad ,Yakob dan Nik Amar setuju menukar Royalti kepada Wang Ehsan.. Lepas tu Wang Ehsan dia nak..Royalti pun dia nak..Hakikatnya sama jer.. ia bayaran Tunai hasil petroleum..
Masa tu Peguam yg mewakili Tok Guru saman Petronas adalah Tommy Thomas, Peguam Negara hari ini yang dikata Peguam Kapir.. Bukan Peguam Nikah Kahwin Zainul Rijal.. masa tu ada Peguam bani Melayu termasuk bekas Ketua Hakim nak tolong Kerajaan Kelantan ?
Selepas PRU 13, Bila Tok Guru tidak lagi jadi MB selepas rampasan kuasa subuh 6 Mei, jawatan MB bertukar kepada Mat yakob, Selain Tg Nik Aziz, Husam di tidak lagi dilantik sebagai anggota pentadbiran..
Masa ini lah Berlaku tawar menawar antara kerajaan Pusat pimpinan Najib ,Ahmad Yakob dan lebai Nik Amar.. masa tu akibat godaan PM berbibir merah.. Kerajaan Kelantan dah mula lunak,bermanja manja dengan BN..Lalu mereka sanggup menerima gantinya adalah Wang Ehsan..Duit ini dibayar melalui 2 agensi, Pertama Majlis Agama Islam, Kedua JPP agensi Kerjaaan Persekutuan.. bukan terus ke akaun Kerajaan Negeri..
Sejak itulah Perjuangan menuntut Royalti boleh kata hampir tiada.. Tindakan Undang2 tidak lagi diteruskan.. Cuma ia tidak menggugurkan Tuntutan bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan.. Bila PH Menang, Tiba tiba depa pulak bersemangat nak menuntut Royalti 5 %.. Maka sekali lagi berlaku tawar menawar.. maka Kelantan menarik diri dari menuntut Royalti di Mahkamah, Walhal..memang sebelum itu mereka boleh kata dah tak kisah pasal Royalti..
Jadi kalau Kerajaan Kelantan yakin di Pihak yang Benar, kenapa tak teruskan Saman Petronas ?, Jadi tuntutlah hak Kelantan di Mahkamah..Bukan kah PH sudah bebaskan Badan Kehakiman ? Hakikatnya mengikut tulisan bekas Ketua Hakim Tun Hamid geng Ashabiyah UMNO dalam tulisannya selepas kematian Tok Guru, dia Bukan takat hina Tok Guru, Tapi dia menegaskan Kelantan tidak layak mendapat Royalti..kerana difinisi “In State” dalam perjanjian tidak melayakkan mereka menerima Royalti..rasanya Kerajaan Negeri pun tahu… Jadi depa hanya main Politik..
Soal royalti..tidak ada kena mengena dgn Lim Guan Eng..Ia urusan Menteri Ekonomi dibawah Portfolio Azmin.. Samaada nama dia Wang Ehsan, Atau Royalti.. Ia adalah hasil dan terma ” Bayaran tunai ” yg disebut dalam Perjanjian.. Ini mana Bani Lebai Tahu..reti beza..Kata Azmin dalam dewan Rakyat, tidak ada istilah Royalti hanya bayaran Tunai seperti yang tertera dalam Perjanjian Kerajaan Persekutuan dan Negeri.. Terma dia, Itu urusan Kerajaan Negeri dan Persekutuan lah..ikutkan sebelum ini depa setuju terma Wang Ehsan..
Hari ini Nik Amar sendiri akui.. Sejak tahun 2010, Ini kali pertama Bayaran Tunai hasil Petroleum dibayar terus kepada Kerajaan Negeri.. bukan melalui agensi Persekutuan.. Jadi sepatutnya Dewan Undangan negeri bukan buat usul Kutuk Lim Guan Eng, tetapi buat usul berterima kasih kepada menteri kewangan itu.. Yang patut dikutuk lebai Ahmad Yakob dan Nik Amar yg bersetuju Royalti ditukarkan kepada Wang Ehsan di zaman mereka bercinta dan tergoda dengan tawaran tunai dari Najib dulu.. 🙂