Mahkamah diberitahu bahawa semasa pemeriksaan terhadap Saiful oleh Dr Khairul Nizam Hassan dari HKL hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau yang juga adalah Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata demikian dalam perbicaraan kes yang melibatkan fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalanp peguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor. Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut. Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat. Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya. Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng. Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral. |
Bicara kes liwat II : Doktor mengesahkan tiada bukti kemasukan pada dubur Saiful
(Visited 120 times, 1 visits today)