Bekas Imam Masjid Al-Muttaqin, Johor Bahru diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Karmaine Sardini,66, dilihat tokoh yang mampu mengekalkan kerusi di kawasan itu yang dikosongkan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik dari Bersatu pada 21 September lalu.
Pencalonan itu diumumkan Pengerusi HARAPAN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Tanjung Piai semalam.
Berasal dari Pontian, Karmaine merupakan anak seorang tokoh agama tempatan, beliau juga merupakan Pengerusi Biro Agama Bersatu Johor.
Karmaine merupakan seorang ahli perniagaan pernah berkhidmat sebagai Pembantu Teknik dan Arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpir (DBKL) pada 1978 hingga 1990.
Beliau yang merupakan Penasihat Pusat Tahfiz Al-Irsyad Johor Baharu pernah dianugerahkan sebagai Ibu Bapa Mithalo Peringkat Daerah Johor Baharu pada 2009. – RF8 Media