Kenyataan biadap Pengerusi Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammad yang mempersoal umur calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Tanjung Piai menerima kritikan ramai.
Setiausaha Bersatu negeri Johor, Mohd Solihan Badri ketika mengulas kenyataan Hasni berkata, soal ajal dan maut merupakan ketentuan Allah tanpa mengira umur tua atau muda.
“Allah waataalah yang menentukan hayat usia kita, (Hasni) jangan cakap begitu.
“Orang pun boleh meninggal dunia dalam usia yang muda,” kata Solihan yang juga Adun Tenang.
BACA: Pengerusi Biro Agama diumum calon Tanjung Piai.
Semalam, Hasni yang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam satu majlis yang sepatutnya diadakan untuk pengumuman calon BN berkata “Calon mereka saya kira 66 tahun, tahun depan 67 tahun saya harap kita tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) lagi”.
Kenyataan itu tidak disenangi sebahagian besar warganet.
Dalam ruangan komen portal berita Malaysiakini, warganet turut menggesa Hasni berpolitik dengan cara bijak.
“Politik lah cara orang terpelajar. Jangan gunakan ayat politik kedai kopi. Jangan memburukan nama umno kerana kecetekan pemikiran kamu tu. Tah dia tah kamu yang di panggil dulu,” kata Suzie Othman.
Seorang individu lain dengan nama Tokwe Nasir mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno itu, Hasni tegasnya bercakap seperti orang tiada pegangan agama kerana tidak yakin dan percaya kepada kekuasaan Allah.Emir Khairil Ahmad
“Bila kata orang umno tu bodoh, ada pula yang marah.
“Tapi realitinya macam tu lah. Ajal maut di tangan Allah, tak kira tua ataupun muda,’ Komen Emir Khairil Ahmad pula. – RF8 Media