Gombak : Ibu-bapa penjaga Sekolah Rendah Gombak Setia melahirkan rasa terkilan dengan program sumbangan RM100 yang dianjurkan oleh Umno–BN di Sekolah Rendah Gombak Setia baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hanafiah Md Khalil bapa kepada seorang pelajar disekolah itu berkata, bantuan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Umno Gombak , Datuk Said Anwar B. Said Ahmad telah diberikan kepada semua ibubapa pelajar dalam kategori kelas 6A. Menurutnya kira-kira seramai 200 pelajar dan ibu-bapa telah menerima bantuan tersebut.
“Said Anwar telah menyampaikan sumbangan duit RM100 kepada ibu-bapa pelajar bagi Sekolah Rendah manakala Sekolah Menengah diberikan terus kepada pelajar sendiri.
“Apa yang diberikan oleh Kerajaan, kami terima kerana duit tersebut adalah duit rakyat yang telah dirompak oleh BN, cuma kami rasa kecewa dengan BN Gombak yang mengadakan program tersebut dengan menggunakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan mantan jawatankuasa PAS Pusat.
“Seharusnya mereka tidak perlu menipu dengan pengurusan pihak sekolah bahawa program tersebut adalah anjuran Umno kawasan Gombak dengan menggunakan nama wakil rakyat di sini semata-mata untuk menjayakan program untuk kepentingan parti mereka.
“Sebagai bapa, saya juga bimbang pengaruh budaya politik yang dibawa oleh UMNO. Pihak Sekolah juga dengan sewenangnya memberi kebenaran kepada parti UMNO-BN menggunakan sekolah sebagai pentas poitik mereka untuk mempengaruhi ibubapa dan pelajar di sini,” katanya.
Menurut Hanafiah lagi, institusi pendidikan seharusnya tidak dicemarkan oleh mana-mana parti. Jika hendak tunjuk belang bukan sekolah tempatnya tetapi di luar sekolah.
“Saya juga difahamkan oleh rakan-rakan saya, program seumpama ini bukan sahaja diadakan di Sekolah Rendah Gombak Setia tetapi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan sekitar Negeri Selangor juga diberikan bantuan RM100 oleh Umno,” katanya.
Baru-baru ini ibubapa merungut apabila bantuan RM100 yang disampaikan wakil UMNO-BN di Sekolah Rendah Taman Selayang dan Sekolah Sungai Tua juga tidak mengcukupi. Ibubapa yang hadir untuk mendapatkan sumbangan ketika itu merasa kecewa lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah dan fakir miskin

Katua Umno memberi wang bantuan RM100
“Apabila saya merujuk ke sekolah, tiada sebarang arahan surat pekeling diberikan oleh Menteri pendidikan kepada pihak sekolah untuk progam berkenaan,” tambahnya.
Hanafiah menegaskan Umno-BN tidak akan dapat undi rakyat dengan hanya memberi bantuan RM100 setelah pelbagai penyelewengan yang dilakukan selama ini
“Saya rasa mereka (UMNO-BN) mimpi di siang hari dan mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Negeri Selangor telah ditakluki pemerintah Kerajaaan Pakatan Rakyat (PR), itu sebab mereka sering mengelirukan rakyat Gombak
“Tetapi rakyat sekarang bukan mudah diperbodohkan oleh UMNO-BN. Rakyat kini bijak menilai pengurusan pentadbiran sekarang khususnya terutam golongan muda yang mengharapkan perubahan pentadbiran kerajaan pada PRU13,” kata Hanafi.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali pula berkata, rakyat berhak menerima sumbangan RM100 setiap pelajar kerana duit tersebut milik rakyat.
“Walau bagaimanapun tidak seharusnya UMNO-BN menggunakan nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) untuk mengelirukan rakyat yang akan mengcemarkan nama wakil rakyat disitu.
“Sudah pasti ibubapa pelajar yang hadir dalam program itu akan menyangka program ini adalah daripada Kerajaan (PR) Selangor sedangkan program tersebut adalah anjuran kerajaan Pusat UMNO BN yang ingin meraih undi rakyat.
“Jika mereka (UMNO-BN) benar ikhlas ingin bantu rakyat seharusnya bantuan itu diberikan sama rata tanpa mengira pelajar cemerlang atau tidak kerana rakyat yang hadir rata-ratanya golongan berpendapatan rendah dan fakir miskin yang berhak menerima bantuan itu,” katanya kepada media hari ini di pejabatnya Shah Alam.