Saksi perbicaraan skandal kewangan syarikat pelaburan 1Malaysia Develoment Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa syarikat itu tidak mempunyai pilihan kecuali sekali lagi membayar AS$1 bilion semata-mata menukar sahamnya.
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, ia berkaitan saham dalam usaha sama dengan PetroSaudi International yang ditukar kepada nota murabaha.
Menurutnya, idea penukaran saham kepada nota murabaha pada tahun 2010 itu dicetuskan Low Taek Jho dan bekas pengarah eksekutif 1MDB, Tang Keng Chee yang turut dikenali sebagai Casey.
“Ia adalah hubungan antara 1MDB dan PetroSaudi International yang memainkan peranan penting dalam hubungan strategik kedua-dua negara.
“Ketika itu, saya tidak nampak ia mencurigakan,” katanya.
Shahrul sebelumnya menjawab soalan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.
Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank beliau antara Feb 2011 hingga Dis 2014. – RF8 Media