Calon pembangkang bagi Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak mampu melaksana apa-apa perubahan besar di kawasan itu jika diberi kepercayaan mewakili penduduk di kawasan berkenaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, justeru rakyat wajar membuat pilihan tepat dengan memilih calon dipertaruh HARAPAN, Karmaine Sardini bagi memastikan rakyat tidak tertinggal dalam setiap program yang mahu dilaksana kerajaan negeri atau persekutuan.
“Saya harap pengundi akan sedar, terutamanya bahawa, kemenangan HARAPAN bermakna janji boleh ditunaikan kerana kami menjadi kerajaan di peringkat Johor dan di peringkat pusat.
“Kemenangan Barisan Nasional (BN), atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun, tidak dapat berbuat apa, kerana tidak dapat tukar kerajaan atau Johor,” jelasnya.
Sementara itu, Dr mahathir mengingatkan bahawa jentera HARAPAN wajar bekerja kuat bagi memenangkan calon dipertaruh mereka.
Perdana Menteri itu turut berjanji kepada penduduk Tanjung Piai bahawa beliau akan memastikan semua janji dibuat Karmaine kelak bakal ditunaikan.
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, daripada Bersatu, pada 21 September lalu, akibat komplikasi jantung.
Hari mengundi telah ditetapkan pada 16 November ini. – RF8 Media