Ipohmali
Siapa yang faham politik.. akan faham matlamat utama perjanjian Muafakat Nasional, ia bukan Soal perpaduan orang Melayu dan Islam.. PAS dan UMNO kita sedia maklum sudah lama bersama, Jadi apa tujuan Muafakat Nasional itu.. ?
Sebelum ini pun aku dah tulis apa beza Muafakat Nasional dan Muafakat Pakatan Harapan, Boleh kata hampir 100% serupa.. Hatta walaupun ianya perjanjian sesama parti Melayu dan Islam tidak jelas dinyatakan tujuan dasar Negara Islam, hatta agenda melaksanakan Undang2 Islam terutama Hudud dan RUU 355..
Bayangkan tidak ada komitmen langsung tentang Negara Islam dan Hudud, Sedangkan itulah isu besar yang jadi agenda PAS sehingga Pakatan Rakyat dulu berpecah, dan PAS berantakan dengan DAP hanya kerana Hudud dan RUU 355..Sebenarnya apa tujuan Muafakat Nasional itu.. ?
Untuk pengetahuan, itu lah cara PAS dan UMNO mengolah persetujuan Politik rakan politik UMNO dalam Barisan Nasional dulu.. siapa yang faham ,Muafakat Nasional itu bukan soal komitmen PAS dengan UMNO.. tetapi mesej dan janji awal mereka untuk parti bukan Islam terutama MIC dan MCA..
Mereka cuba sampaikan kepada rakan komponen BN, Demi masa depan Politik PAS dan UMNO, PAS telah dengan rasminya sanggup menggugurkan dasar Negara Islam dan agenda menegakkan Undang2 Islam.. Kami menjunjung Perlembagaan yang dulu kami kata Toghut..Jadi bukan Islam, parti bukan Islam tidak perlu takut bersama PAS..
Dalam bahasa Politiknya, PAS memberikan mesej kepada seluruh Parti Bukan islam..kami sedia menjadi Khadam MCA dan MIC , bagi Hj Hadi, Biar lah apapun harganya.. janji dapat memuaskan nafsunya menjatuhkan PH apalagi mengagalkan Ds Anwar dari menjadi Perdana Menteri ke 8…
Muafakat Nasional itu hanya langkah pertama mereka.. sebelum ada Muafakat seterusnya dengan komponen BN seperti MCA dan MIC..Itu sebabnya Haji Hadi beria ia kononnya mahu menjemput dan berbaik dengan GPS(parti Gabungan Sarawak), Niat dan Nafsu Haji Hadi dan PAS terlalu besar.. kononnya mahu menjadi pencatur Politik di Malaysia.. mahu jadi King Maker lagi…
Hakikatnya Haji Hadi tidak layak untuk semua itu..Dia hanya perasan seolah olah dia adalah watak besar dalam Politik Malaysia, boleh jadi Haji Hadi mahu menyaingi watak penyatu pelbagai parti Melayu dan Bukan Islam seperti Almarhum Tok Guru Nik Aziz.. cuba bersaing dengan Ds Anwar dalam melebarkan pengaruh politik dia..
Haji Hadi bukan sahaja Sanggup bertawar menawar dengan Tun Mahathir, tawar menawar dengan Azmin..tawar menawar dengan MIC dan MCA, dan mungkin dengan Parti gabungan Sarawak.. Sedangkan Haji Hadi tidak mempunyai sebarang nilai dalam Politik Nasional..
PAS kononnya mahu tunjukkan dia sedia jadi parti untuk semua kaum, Watak begini bukan boleh dilakon dan dipentaskan..Sejarahnya, Haji Hadi dikenal sebagai seorang Pengkhianat dengan siapapun dia Bertahaaluf.. Tun Mahathir pun kenal watak Haji Hadi biarpun Haji Hadi sanggup berlutut di depannya..
Perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO tidak akan membawa sebarang Manfaat sebagaimana rencana dia dengan Najib sebelum PRU 14 , Hatta ketika Najib dan UMNO jadi Kerajaan pun, strategi dan teori King Maker itu pun gagal.. GPS Sarawak pun tahu, Menjalinkan hubungan dengan parti perkauman PAS dan UMNO akan membuatkan mereka akan ditolak oleh rakyat Sarawak..
Sejak dulu ahli parlimen Sabah Sarawak antara yang paling lantang menolak perlaksanaan Hudud dan pindaan RUU 355 walaupun dari pemimpin muslim… Sebab uruf dan waqi’ di Sabah sarawak itu berbeza dengan Semenanjung.. hanya Ds Anwar memahaminya..
Siapa yang perasan, PAS dan UMNO cuba selangkah demi selangkah meniru dan mengikut jejak prinsip dan dasar Pakatan Harapan.. Itu sebab aku pesankan kepada pimpinan PH, jangan terperangkap dengan politik perkauman PAS dan UMNO..jangan cuba jadi lebih Melayu dari UMNO dan lebih Islam dari PAS..
contohi Ds Anwar.. Anwar tidak respon langsung tentang Perpaduan Ummah PAS dan UMNO..Sebabnya Ds Anwar yakin dengan prinsip kebersamaan dalam agenda ” Malaysia Baru “, wadah Politik baru tanpa perlu diikat dengan perjuangan Ashabiyah PAS dan UMNO.. dan itulah perjuangan yang telah dibawa sekian lama memimpin PKR..
Realiti Politik di Malaysia.. Dasar perkauman seperti PAS dan UMNO tidak akan kemana.. PAS pernah melalui gelombang kebangkitan Melayu melalui agenda Angkatan Perpaduan UMMAH, Pernah melalui gelombang Reformasi yang memecahkan Parti UMNO..
Ketika berlaku gelombang Angkatan Perpaduan Ummah dan Reformasi dulupun… ketika itu PAS mampu menghimpun berpuluh ribu rakyat walaupun ceramah dibuat di tengah malam dan didalam hutan…Semuanya tidak berjaya menawan Putrajaya melainkan dengan gabungan parti dan sokongan bukan Islam..
Jadi PH perlu kekalkan prisip kebersamaan, Bersama menolak keras parti Perkauman, dan Kelompok Ashabiyah… Biarkan mereka terus memainkan sentimen Perkauman Agama dan Bangsa.. kita teruskan membina Malaysia baru.. 🙂