Dengan laungan takbir meraikan kemenangan MCA di Parlimen Tanjung Piai. Gegak gempita Pak Kadok dan kumpulannya meraikan kemenangan.
Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK), ditayangkan klip video aksi wanita muslimah memegang erat tangan Cina kafir kerana terhutang budi dengan calon itu. Mungkin ramai yang menangis. Tidak ramai yang berduka adakah aksi itu dibenarkan oleh syarak.
Maruah wanita muslimah jatuh disaksikan oleh Pak Kadok dan kumpulannya. Kemenangan Tanjung Piai sekali lagi ditambah Pak Kadok bertakbir dengan takbir Allahuakbar.
Takbir yang sama dilafazkan ketika berdiri untuk menunaikan solat mengadap Allah Taala, tetapi kali ini digunakan untuk meraikan kemenangan orang kafir sebagai pemimpin umat. Adakah Pak Kadok tahu di mana kedudukan maruah bangsa dan agamanya?
Lantik imam, lantik pemimpin
Tanjung Piai hampir membongkar segala-galanya. Pelantikan Imam dibandingkan dengan pelantikan pemimpin yang menentukan dasar negara.
Tidak kedengaran pendapat ulama-ulama terdahulu dan ulama kontemporari apabila bercakap masalah kepimpinan dibandingkan dengan pelantikan Imam dalam solat.
Ulama dulu dan sekarang tidak mencampur adukkan antara tajuk kepimpinan dalam Islam dan Imam solat kerana peranan dan fungsi kedua-duanya berbeza, bahkan syarat-syarat juga berbeza walaupun ada persamaan pada beberapa perkara.
Nak dikatakan pandangan akademik atau ilmiah rasanya jauh dari mencukupi syarat. Tetapi itulah hakikat yang ada. Hakikat yang terpaksa ditelan oleh ummah dek kerakusan pemimpin mengejar kuasa dan pengaruh.
Kampung tergadai
Beginilah nasib Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Ada nasi dicurahkan, ada isteri mati dibunuh, nyaris mati oleh tak makan. Lirik seloka Melayu tidak ketinggalan zaman.
Nasib bangsa Melayu dan tanah pusaka watan akan tergadai dengan lahirnya pemimpin yang sedarjat dengan Pak Kadok.
Tanjung Piai memberi isyarat kepada kita bahawa orang kafir bersepakat menolak kepimpinan Melayu dan Islam di negara kita.
Mereka bersepakat dan berpadu untuk mengangkat kepimpinan dari kalangan bangsa mereka tanpa mengira parti kerana parti itu adalah milik bangsa mereka.
Parti-parti mereka memperjuangkan kehendak dan survival bangsa mereka walaupun secara zahirnya mereka berada dalam parti yang berlainan.
Melayu dayus
Kalangan bangsa Melayu yang muflis dan dayus sahaja masih mengharapkan sesuatu kebaikan dari orang kafir. Mereka berjiwa pengemis di tanah air sendiri.
Sebenarnya mereka tidak layak untuk memimpin ummah ini. Setelah 62 tahun merdeka, bangsa Melayu sepatutnya telah jauh ke depan dalam semua bidang tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Bangsa Melayu dicaturkan oleh kaum lain dalam semua bidang kerana lahirnya pemimpin yang muflis jati diri dan akhlak.
Lahirnya pemimpin yang bersandiwara kononnya merekalah pejuang bangsa Melayu tetapi mereka sebenarnya penggadai maruah bangsa, agama dan negara. Piai membongkar sejelas-jelasnya siapa mereka yang sebenarnya.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh.