Cadangan pemimpin Umno agar pentadbiran Tun Mahathir Mohamad membentuk kerajaan perpaduan semua parti bagi memudahkan perlantikan menteri-menteri berpengalaman untuk kabinet baharu beliau ditolak.
Menurut Tun Mahathir, idea kerajaan perpaduan agak realistik namun sukar dilaksanakan bersama Umno kerana parti tersebut terlalu rasuah
“Ya, jika mereka tidak rosakkan Umno, saya akan pilih Umno.
“Tetapi mereka dan kawan mereka Najib (Razak) guna Umno untuk dapatkan wang. Saya sudah pasti tidak akan sertai parti itu,” katanya pada sidang akhbar selepas satu majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Turut menentang cadangan tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir berkata hal tersebut mengarut.
“Mengarut, kami sebahagian daripada PH, ini adalah gabungan yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan kita di sini kerana PH
“Jangan lupa bahawa pembangkang ini adalah pemimpin yang sama mencuri duit negara dan kini sedang didakwa di mahkamah dengan jumlah keseluruhan lebih 100 pertuduhan. Mereka masih mengetuai parti yang sama,” katanya dipetik
Dr Mahathir dua hari lalu berkata majoriti ahli majlis tertinggi partinya, Bersatu mahukan beliau merombak Kabinet.
Kenyataan itu menyebabkan pemimpin Umno menggesa Dr Mahathir menubuhkan kerajaan perpaduan dengan pembangkang.