Ahli parlimen DAP mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang mendakwa operasi loji Lynas di Pahang selamat.
Ahli Parlimen Bentong Wong Tack mencabar nama pakar-pakar yang menjamin keselamatan loji pemprosesan nadir bumi yang dimiliki oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd disenaraikan.
“Tolong namakan dan berikan kami kelayakan pihak yang dipanggil ‘pakar’ itu,” kata Wong dalam satu kenyataan .
Beliau juga berkata pendirian Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof berkenaan operasi Lynas boleh diteruskan hanya kerana “penutupan Lynas tiada dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan” mencerminkan “kebangkrupan moral dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang”.
Wong berkata selama hampir sedekad ramai wakil rakyat PH turun padang bersama rakyat untuk menghentikan operasi Lynas.
Komitmen untuk menutup Lynas bukan hanya dibuat dalam ucapan awam dan kenyataan media malah melalui petisyen Stop Lynas oleh rakyat.
“Kegagalan untuk memenuhi komitmen kami untuk menutup Lynas telah mengikis keyakinan yang serius terhadap kerajaan PH.
“Tetapi memutar isu ini dengan mengatakan ia bukan janji dalam manifesto PH ibarat menggosok garam ke atas luka yang menyakitkan,” katanya.
Wong juga memberi amaran kepada kerajaan PH untuk tidak mengkhianat rakyat menerusi Lynas.
“PH tidak pernah berjanji untuk menutup Lynas dalam manifesto PRU14, semua orang boleh menyemaknya.
“Saya juga menyeru rakan-rakan saya di PH untuk berhenti membangkitkan isu ini yang mendatangkan ketakutan dalam kalangan penduduk di kawasan itu,” katanya.