Ipohmali
Tadi ada sahabat Share Post Si Mokhtar Senik di Group Whatsapp.. Katanya hari ini secara rasminya, Restoran Annur milik dia ditutup.. aku bersimpati lah dengan musibah sesama muslim…. tapi apehal si Mokhtar Senik nak salahkan Ekonomi Negara pulak.. Eh banyak jer Restoran, Kedai makan orang beratur hari hari makan..
Bab kedai makan ni.. Bukan kira Ekonomi Negara ok ker tak.. Kalau sedap, Murah ramai lah orang datang.. kalau tak sedap.. Mahal pulak tu sapa nak datang.. meniaga bukan semudah minta Derma dan jual Agama.. Restoran Global Ikhwan setiap jumaat siap sedekah lagi bayar sekadar mampu..
Pelik jugak aku.., Kat Kuantan..Kat Pahang lah Paling rancak dok kempen BMF, dok kata Econsave Pasaraya Cina kosong takda orang.. last last Restoran hat dikata milik Tok Guru yang ditutup..sampai nak lelong kedai..ingat Kedai cina yang banyak tutup..
Tu sebab aku kata kempen Kebencian..Ashabiyah BMF tu takkan membantu orang Islam.. ia hanya merosakkan ekonomi dan peniaga Muslim itu sendiri.. kalau ada kesan pun ia bersifat sementara..bagai buih dilautan..
Hangpa pergi tengok rangkaian Restoran mamak.. ada pernah depa buat kempen Buy Mamak First(BMF).. tak pernah pun, tapi bisnes depa berkembang maju… Sebab depa tolong menolong sesama depa, bantu membantu, dari modal sampai lah pekerja.. mana ada depa dok kempen sesama geng mamak depa..
Begitu jugak Al Arqam, lepas diserbu pihak berkuasa..Dizalimi Jabatan Agama Bani Melayu.. depa bangkit dengan nama Rufaqa’, lepas tu ditekan lagi..depa bangkit dengan jenama Global Ikhwan..
ada pernah hangpa tengok geng Al Arqam depa kempen, Beli lah barangan Muslim, Barangan orang kita ? walaupun depa hasil pelbagai produk muslim, ada pernah tengok depa kempen, Iklan burukkan kedai dan produk Cina macam Bani Melayu dan Bani Salaf wilayah utara..
Depa tak buat macam tu.. Sebab depa bertolong menolong sesama depa.. kalau kita lihat pendekatan mereka menepati cara Islam , mereka mengunakan konsep Khumus di dalam Quran, Iaitu Infaq harta dan pendapatan mereka kepada Jamaah.. asasnya adalah Taqwa.. tidak dengki mendengki.. tidak khianat mengkhianati.. dan bersifat amanah..itulah lambang Taqwa.. 🙂