Miqdad Zakaria
Dulu orang PAS duk baca ayat..
“كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ”
Kononnya Allah telah mengeluarkan di celah² manusia itu satu kumpulan yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab dalam mengajak manusia kepada kebaikan.. Dan mencegah kemungkaran.. Dan beriman kepada Allah..
Masa tu bila dengar je ayat ni.. Ramai yang sesat duk ingat maksud “umat terbaik” itu adalah PAS.. Dan Penceramah yang baca ayat tu pun buat tafsiran ikut otak sendiri.. Dia terjemah “itulah kita..” yakni PAS.. ha ha..
Ana mengaku dulu pun ana terjebak sama sebab kejahilan.. Bila dah faham apa maksud sebenar ayat itu.. Rasa lucu pulak teringat balik..
Apa² pun terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ilmu untuk membezakan yang mana benar dan salah..
Apa maksud ayat itu sebenarnya..?
Maksud sebenar ayat itu adalah mereka yang melakukan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atas dasar iman semata².. Bukan atas dasar politik kepartian.. Atau demi undi..
Mana² sahaja kumpulan yang melaksanakan tugas² itu kerana iman.. Yakni taat hanya kepada suruhan Allah.. Dan melaksanakan perkara tersebut tanpa mengira bangsa.. Agama atau darjat.. Nescaya mereka itulah umat yang terbaik..
Maknanya kalau kita ambil contoh dalam isu bajet OKU baru² ni.. Walau pun yang bentang itu Cina DAP.. Kapir pulak tu.. Islam ajar wajib kita sokong atas dasar iman.. Kalau kita tolak atas dasar dendam politik.. Bermakna kita bukanlah kumpulan yang terbaik kerana ianya bercanggah dengan suruhan Allah agar menyeru kepada perkara yang maa’ruf..
Maksud menyeru kepada yang maa’ruf adalah kita mengajak manusia melakukan kebaikan dan kita menyokong perkara tersebut walaupun ianya datang dari musuh kita..
Jadi..
Jelaslah pendirian tiga ekor wakil rakyat PAS yang menolak bajet OKU tempuh hari adalah umat yang tidak baik.. Kumpulan yang jahat lagi zalim.. Sengaja menentang suruhan Al-Quran yang pernah mereka baca dulu..
Itulah ringkasannya..