Oleh: Mustafa Mansur
Ada 3 parti Reformis yg cuba didaftarkan sebelum wujud Parti Keadilan Nasional (PKN).
Sudah ada buku yg ditulis dan disusun sendiri oleh Setiausaha kak wan yg pertama. Namanya Cikgu Zul
Salah sebuah parti yg Reformis yang cuba didaftarkan datangnya dari team Kg. Baru yg berpangkalan di pejabat peguam Yusuf Abdul Rahman.
Sdr Lokman Adam (kini MT Umno) sering berada di sini bersama beberapa aktivis reformis mengatur strategi mingguan demo jalanan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sogo dan Kompleks Pertama.
Nama parti: ARM (Angkatan Reformasi Malaysia).
Presiden: Mustapa Mansor bin Amer Mohd Isa (gambar).
Saya masih ingat kerana puluhan kali bermesyuarat dan berulang kali ke pejabat pendaftar pertubuhan pada masa itu.
Sejarah parti ini tenggelam kerana sebahagian besar aktivis bukan org politik dan sengaja kita aturkan spy salah sebuah saja yg dipilih.
ARM adalah sebuah parti yg cuba didaftarkan walaupun ianya gagal. Namun sempat saya menulis 11 muka surat proposal kepada Anwar yg berada di penjara. Proposal tersebut saya serahkan melalui cikgu Zul (S/U kak Wan).
Hampir 90% ajk ARM adalah aktivis bukan dari Umno dan Pas.
Setelah salah sebuah parti (PKN) terpilih maka dgn sendirinya nama ARM ditinggalkan. Saya dan aktivis reformis menyerap masuk ke jalur PKN di WP.
Ketua perhubungan WP masa itu ialah Zainur Zakaria dan timbalannya Mustapa Mansor yang mewakili cabang Batu (Cabang Tian Chua sekarang)
Kita harus faham bahawa ada 3 kelompok yg bersama dalam gerakan Reformasi masa itu.
1. Kelompok yg terdekat dengan Anwar (keluarga, staf termasuk Azmin dan Ezam)
2. Kelompok jemaah Islam di Malaysia yang bersama memulakan gerakan secara besar-besaran (JIM, ABIM, PKPIM dll)
Maka antara yg paling awal ditangkap setelah Anwar ditahan adalah dari pimpinan ABIM, JIM (Pak Abu), Ezam dan staf Anwar.
Manakala Saifudin Nasution, Lokman Adam, Dr. Rahim Ghouse dan lain-lain sempat selamatkan diri ke Indonesia.
3. Kelompok ketiga adalah aktivis reformis yang menjadi penggerak utama di jalanan. Kelompok ini dari pelbagai latar belakang (termasuk Tian Chua, Hishamuddin Rais, Pak Din dll).
Ribuan wira tidak didendang berada dalam kelompok ini tanpa dikenali oleh Anwar, Wan Azizah dan keluarganya.
Mereka juga ada yg langsung tidak berminat dgn politik dan jawatan politik.
Jadi Azmin dll adalah kelompok yang tidak tahu apa-apa yg dirancang dan disusun oleh kelompok Reformis jalanan ini…
Catitan ini bukan tujuan utk merendahkan sesiapa. Tapi cukuplah sekadar catitan sejarah yang benar buat umat.
_____________________________________________________________________________
Mustafa Mansur adalah Reformis awal yang terlibat di dalam PKN Wilayah Persekutuan dan Cabang Batu